Oct 22, 2015

Bantuan.

Tidak lama selepas sebuah Mesin Basuh berjenana Electrolux meminta bantuan daripada entah siapa-siapa yang dia jumpa dan mampu tegur, barulah tiba kepadanya sebuah efifani yang sedikit-sebanyak bermaksud, tiada guna meminta bantuan jika dia, sebuah mesin basuh berjenama Electrolux tidak membantu dirinya sendiri. 

Tetapi siapalah dirinya, sebuah mesin basuh berjenama Electrolux untuk membantu dirinya sendiri sedangkan dia sendiri sebenarnya adalah seorang pembantu kepada tuannya, seorang suri-rumah yang kehilangan semua ahli keluarga akibat meletupnya kepala perang nuklear di hati kucing hitam peliharaan keluarga mereka? 

No comments: