May 1, 2015

Hari.

Hari hujan lagi, matahari merajuk. Matahari takut untuk keluar pada hari ini, matahari takut sejuk. 

Hari yang lepas seperti ini juga. Matahari malu. Matahari segan orang ramai kata dia sudah tidak sepanas dahulu. Matahari tahu yang membawa sejuk ni siapa, tetapi dia tetap malu untuk muncul. 

Hari akan datang, ramai yang menduga hal yang sama akan berlaku. Matahari malu, ataupun merajuk. Matahari mungkin merajuk lalu malu, tiada siapa tahu. 

Hati ini nampaknya sudah berbeza. Matahati tidak lagi malu, tidak lagi merajuk. Matahati hari ini mengamuk, membakar semua bandar, hutan dan gurun yang sempat dia jilati.

No comments: