Apr 29, 2015

Buta Bisu.

Gua tak mintak banyak, kata Shahrul. Shahrul adalah karib gua, namanya adalah berasal daripada perkataan arab yang tidak lengkap, tetapi sebagai mudah cerita dan tafsir, namanya boleh diterjemahkan sebagai bulan(month).

Sambung Shahrul lagi, kalau semua orang dalam dunia ni bisu esok pagi dan semuanya buta secara serentak, dia mahu habiskan 24 jam waktu yang ada pada dia untuk tidur.

Dia mahu tidur, kerana kata Shahrul selain daripada mampu mengembalikan semula tenaga yang hilang, tidur sahajalah waktu yang mampu membuatkan dia berjumpa dengan seseorang yang telah menyamun sebahagian daripada logiknya.

Tidur dan tidur, esoknya semua orang tidak buta, dan masih ramai yang mampu bercakap. Tetapi Shahrul tahu, hanya seorang sahaja yang mampu mendengar bisikan lembut yang dikirimkan beliau melalui protozoa yang diserap awan hujan.


No comments: