Apr 29, 2015

Buta Bisu.

Gua tak mintak banyak, kata Shahrul. Shahrul adalah karib gua, namanya adalah berasal daripada perkataan arab yang tidak lengkap, tetapi sebagai mudah cerita dan tafsir, namanya boleh diterjemahkan sebagai bulan(month).

Sambung Shahrul lagi, kalau semua orang dalam dunia ni bisu esok pagi dan semuanya buta secara serentak, dia mahu habiskan 24 jam waktu yang ada pada dia untuk tidur.

Dia mahu tidur, kerana kata Shahrul selain daripada mampu mengembalikan semula tenaga yang hilang, tidur sahajalah waktu yang mampu membuatkan dia berjumpa dengan seseorang yang telah menyamun sebahagian daripada logiknya.

Tidur dan tidur, esoknya semua orang tidak buta, dan masih ramai yang mampu bercakap. Tetapi Shahrul tahu, hanya seorang sahaja yang mampu mendengar bisikan lembut yang dikirimkan beliau melalui protozoa yang diserap awan hujan.


Apr 20, 2015

Mock.

Gua sangat mudah terpengaruh dengan musik. Musik mampu membuatkan gua berani melihat masa lampau dan seterusnya menyelami perasaan yang timbul dari setiap detik lagu yang berlalu. Seperti graf eletrik analog y melawan x, berterusan melawan waktu, perasaan yang timbul selepas mendengar sebuah lagu yang nostalgik berubah setiap saat. Intensiti semakin tinggi bergantung kepada beberapa keadaan.

Hari ini, gua petik kepada dua kondisi yang menrubah intensiti yang terkeluar, samada amplitud runut bunyi dan juga kepaduan lirik yang dibibitkan oleh bibir, lidah dan tekak yang kita semua suka.

Tiada paksaan kepada pendengaran, kerana seperti mulut orang, telinga kita juga sangat susah ditutup. Yang capang mahupun yang putus, pembezaan antara kita sebenarnya bukanlah fizikal. Dan kerana itu ramai yang mahu berubah kepada digital.

Bukan gua nak cakap yang digital itu tidak bagus. Tetapi digital itu nalurinya mudah, keadaanya adalah mengambil ringkas kepada analog. Seperti yang semua manusia sedari, benda mudah memang seronok, kerana dunia makin tua. Ramai yang sedar masa tidak lagi mengejar kita seperti beribu tahun lepas, mengejar masa adalah perkejaan utama kebanyakan manusia millenia ini. Digital, kini adalah penyelesai terhadap permasalahan ini. Lebih ringkas adalah lebih bagus, kata kebanyakan mahluk. Tetapi mereka kurang menyedari bahawa ringkas sinonimnya tidak menyeluruh.

Ya. Digital ialah tidak menyeluruh. Kekurangannya di situ. Di antara satu detik ke satu lagi, seperti graf analog yang berterusan, ada emosi, keadaan dan suasana yang dilupakan apabila ringkasan dilakukan. Tetapi itulah, manusia sudah tidak malu mengejar masa. Manusia lebih sukakan ringkasan tanpa meninjau penuh kelebihan melalui setiap saat mereka dengan tenang dan sempurna.

Ini zaman ini, bagaimana zaman akan datang?