Jun 5, 2014

Hari ini.

Setelah berlaku siri mimpi yang panjang bersambung-sambung, hari ini aku masih di dalam bulatan yang sama. Yang berpusing sekitar graviti, yang menarik sekitar tolakan.

Aku masih lagi mencari siapa yang hilang di hujung mata aku, tetapi penuh lengkap di hujung otakku sebagai memori yang memenatkan.

Aku cuba mencari, apa erti memori dan mungkin sepatah ayat yang boleh menilaikan memori.

Tiada quote yang sesuai, dan hari ini biar aku katakan. Aku masih berguling-guling seperti mana pertama kali aku terguling-guling oleh ketidak hadiran engkau.

Ya, memori. Ianya memenatkan. 

Jun 2, 2014

Hai.

Seperti dapat nyawa yang baru, hari aku hari ini dimulakan dengan siri mimpi yang panjang dan bersambung-sambung. Seperti sebuah drama yang mempunyai banyak pengikut, aku adalah pengikut kepada mimpi aku itu sendiri.

Mimpi yang membawa aku kepada banyak efifani. Adakah di dalam itu ruh engkau, yang telah lama tidak ku jumpa dan ku dengarkan ceritanya? Atau pun yang engkau itu hanyalah ilusi yang hadir, kerana mahu menguja diri aku ini?

Mimpi semalam yang panjang bersiri-siri, hari ini aku hampir menjadi diri sendiri.