Jun 5, 2014

Hari ini.

Setelah berlaku siri mimpi yang panjang bersambung-sambung, hari ini aku masih di dalam bulatan yang sama. Yang berpusing sekitar graviti, yang menarik sekitar tolakan.

Aku masih lagi mencari siapa yang hilang di hujung mata aku, tetapi penuh lengkap di hujung otakku sebagai memori yang memenatkan.

Aku cuba mencari, apa erti memori dan mungkin sepatah ayat yang boleh menilaikan memori.

Tiada quote yang sesuai, dan hari ini biar aku katakan. Aku masih berguling-guling seperti mana pertama kali aku terguling-guling oleh ketidak hadiran engkau.

Ya, memori. Ianya memenatkan. 

Jun 2, 2014

Hai.

Seperti dapat nyawa yang baru, hari aku hari ini dimulakan dengan siri mimpi yang panjang dan bersambung-sambung. Seperti sebuah drama yang mempunyai banyak pengikut, aku adalah pengikut kepada mimpi aku itu sendiri.

Mimpi yang membawa aku kepada banyak efifani. Adakah di dalam itu ruh engkau, yang telah lama tidak ku jumpa dan ku dengarkan ceritanya? Atau pun yang engkau itu hanyalah ilusi yang hadir, kerana mahu menguja diri aku ini?

Mimpi semalam yang panjang bersiri-siri, hari ini aku hampir menjadi diri sendiri.

May 13, 2014

Mungkin.

Barangkali aku adalah salah satu daripada titisan-titisan hujan yang turun membasahi kita berdua di waktu musim luruh pasca perperangan, lima tahun lepas. Aku juga telah sedar, bahawa ketiadaan titiasan hujan yang satu lagi; anti-titisanhujan yang digandingkan dengan aku, aku tidak akan mampu berbuat sesuatu untuk merasa seperti diri sendiri.

Barangkali aku sudah habis waktu remaja hari ini, tetapi lima tahun yang lepas, aku tersejat sebaik sahaja aku turun. Sebagai titis hujan yang menyendiri.

Feb 8, 2014

Bapak-bapak kapitalis, menghasilkan anak-anak kapitalis,

Yang membuatkan gua bengang di petang-petang jumaat penghulu segala hari. hari ini. Dulu masa sekolah nak jadik gengster, dah besar terhegeh-hegeh nak jadik pusher tiket bas. Lepastu dosa-pahala letak tepi, nak kenyangkan perut sendiri. Suruh gua tunggu, tunggu lagi. Bagus dan sempurna sangat perangai kau ni.

Ingat bisnes bas ni boleh pergi jauh takat pandai baca, tulis dengan kira je ke? Mengaji pun kena lepas abis 30Juz la weh.

-our own lead-