Nov 4, 2013

Fractal.

Ayuhlah, berikan saya satu peluang lagi untuk berlumba dengan mu. Tidak jauh pun, cuma sehingga sampai ke pamah tempat ibu-bapa kita membanting tulang sahaja. Aku harus mendapatkan peluang ini, marilah.

Tidak, tidak boleh. Aku benci kepada fraktal. Seperti selalunya, engkau bukan menipu, engkau cuma tidak menggunakan lansung peluang yang telah diberikan. Selepas satu, satu lagi engkau bazirkan, hingga seluruh peluang yang telah berada di genggaman kamu menzahirkan abstrak mereka menjadi corak yang fraktal di benakku.

No comments: