Oct 7, 2013

Big.

Besar adalah suatu kata nama yang sering dikaitkan dengan sebuah lagi kata nama yang lain; masa. Besar adalah suatu harapan semua yang kecil, halus dan rendah. Besar juga adalah impian semua mereka yang merasakan tidak pernah cukup dan tidak pernah tenteram.
Besar.
[Koma]
Saya merupakan seorang manusia yang sering hilang tujuan apabila datang sesuatu perkara yang besar ke arah diri saya. Saya mengenali diri saya begini semenjak daripada era saya belasan tahun lagi. Walaupun badan saya besar, sesiapa yang mengenali saya, tahulah mereka bahawa saya ini senang dilayangkan.  Lagi-lagi dengan sesuatu yang bersifat megah dan besar.
Dahulu saya rajin mengarang. Saya turut rajin menulis entri di dalam blog kerana saya gemar membesar-besarkan penulis dan penulisan kreatif. Pada saya benda macam ini, menulis sinis dan kreatif adalah keadaan saya yang sebenar (di mana saya pada masa itu, sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya yang saya mahukan), dan yakin mampu melakukannya sehingga bila-bila.
Kebesaran yang membuat saya termenjadi besar di dalam bidang tersebut ini termasuklah beberapa penulis blog yang matang, kelakar dan mempunyai sinis yang tersendiri seperti. Untuk direkodkan termasuklah Mrs. Feed, Amir Hafizi, Suffian Abbas dan juga Pipiyapong. Penama tersebut tidak disusun menurut turutan kegemaran. Meskipun saya tidak meminati blog yang jenis meluahkan perasaan, kadang saya tetap juga membaca mereka atas faktor untuk menyelidik (baca: stalk) hehehe.
[Koma]
Hambar.
Kini, saya sudah mahir dan alim tentang mengapa sesuatu manusia itu boleh menjadi hambar. Tawar. Dan sekalian adjektif yang sama. Semua ini saya dapati apabila sebuah buruj bercakap dengan saya semalam menceritakan tentang seorang makwe yang terperangkap di gegelung Zuhal. Nampak?
Ya. Hambar dan tidak besar.

No comments: