Jul 12, 2013

Tabung Cahaya.

Coversyl adalah seorang budak lelaki yang, tak pernah percaya kepada ; Zeus, kucing ada sembilan nyawa, dan manusia boleh bertukar menjadi harimau.

Semalam Coversyl(C) duduk di atas sebuah kerusi tipikal taman-taman di New Zealand. Dia cuba untuk mengeluarkan sebuah buku merah jambu yang berbentuk kereta api, tatkala pehanya disentuh lembut.

Coversyl menoleh, dia tidak mengenali siapakah gerangan yang baru sahaja menyentuh lembut seluar jeans biru lusuhnya itu. Hey, aku lah ni, kau dah lupa ke? Ujar gerangan tadi itu, lantas dengan manjanya duduk di atas ribaan Coversyl.

Harini kau keseorangan, dan ingin membaca buku tak guna tu lagi ke? Ahah, dah boleh berhenti dah, sebab aku ada benda ni. Kata teman baru Coversyl tadi.

Coversyl terpaku, tidak pernah dia melihat sesuatu pun yang mirip kepada apa yang dipegang oleh perempuan misteri itu. Dia cuba menafsir dan menaakul apakah yang dipegang oleh gadis misteri itu, namun gagal. Lalu Coversyl terus berdiam, memandang ke arah lain, dan bersiul lagi Raya yang beliau hafal.

Gadis misteri itu, yang dinamakan penunggu taman oleh pencinta mitos, semakin lama semakin mengecil dek kerana terdengar siulan lagi raya dari Coversyl. Gadis itu, mengecil, dan mengecil sehingga mewujudkan sebuah ruang vakuum di situ, di taman-taman tipikal New Zealand tadi, seterusnya mencipta havoc kepada segerombolan rama-rama yang sedang menyanyi riang, lagu-lagu saloma.

Coversyl memandang sini akan gadis itu. Dan gadis itu, berkata sesuatu kepada Coversyl.

Katanya, janganlah sentiasa berseorangan, u nampak bangang gila bila berseorangan. Bawaklah sebuah balang berisi cahaya matahari. 

Dan esoknya, Coversyl, ditemui tergantung di biliknya. Di dinding-dinding ruang tidurnya, tertulis 'cahaya' dalam pelbagai warna, font dan saiz. 

Sebulan kemudian, semua orang menceritakan tentang hal itu, dan ada yang bersaksi bahawa pernah melihat Coversyl sedang menurunkan hujan, dan juga mencuri ubi tanaman orang-orang Palmerston North.

1 comment:

Mohamad Ajmal Abdullah said...

serius gua tak paham dan tak mau paham