Jan 9, 2013

Oh.

Amat dihidapi penyakit. Yang teruk. Dan.

Esok. Amat akan. Pergi berjumpa doktor.

Harapnya klinik bukak. Kerana Amat. Sakit.

Menangis? Amat tidak. Dia budak hebat.


Jan 7, 2013

Lullaby.

Was something important before, at least was before until Lol transformed into lul or lulz. Then Lullaby is a ridiculous thing. It becomes, Lol, a bye.

Jan 5, 2013

Semalam gua ada buat draf-minda pasal Blis si anti-sosial dan kucingnya Ibiza. Dan hari ini, neuron yang bertanggungjawab menghubungkan kawasan sedar gua hari ini, dan kawasan simpanan draf-minda gua pasal Blis si anti-sosial dan kucingnya Ibiza tu, tidak dapat hadir.

Mungkin dah tiba masanya gua menjadikan kismis sebagai makanan ruji.

Jan 3, 2013

Rebel.

Sebab aku sayangkan negara lah aku kuat rebel. Kata Yatim dengan penuh semangat. Aku nampak dua titis air liur beliau masuk kedalam kopinya sendiri. Yang kemudiannya dihirup laju oleh Yatim. Ahhh, ujar Yatim. Mungkin kesedapan dan hilang haus.

Yatim tampak berbeza hari ini, dia kelihatan seperti pelangi. Dan dalam sibuk aku memerhati beliau atas-bawah-atas, Yatim masih tetap meneruskan kisah rebelnya itu. Tapi aku bukannya dengar sangat. Aku lebih into scene memerhatikan baju beliau (yang aku bimbang, adakah warna hitam bajunya itu disebabkan pewarna? Ataupun dosa-dosa masyarakat kapitalis yang dia sibuk pom pam pom pam dari dua minggu lepas?) dan, ceramah beliau itu hanya kedengaran seperti bunyi kucing batu mengiaw yang kelaparan kasih sayang seorang petani sahaja.


Yatim memang kuat bercerita, tapi tentang rebel beliau ni, dia hanya penyeri scene sahaja. Bukan rebellist sebenar, kata abang Yatim, Supian pada gua dua hari lepas. Ketika itu, berlaku temasya muda-mudi antara orang bunian, sempena tarikh matahari bertukar pemerintah. "Pernah sekali tu, aku rebel dengan sorang mamat jual tiket ni. Aku tak puas hati betul, ada ke patut dia tu..." tambah Yatim lagi.

Aku terus terleka. Dan lamunan dan fikiran aku terhenti seketika ketika aku perasan sesuatu di kerongkong Yatim. Ya, kerongkong dia diperbuat daripada daging saudaranya sendiri. Dan aku yang kehairanan, terus beredar sambil membaca jampi yang pernah aku dengar dalam rancangan Yu-Gi-Oh dengan penuh tertib dan tartil. Lantas, muncul seorang gadis keturunan mesir (agaknya aku) menaiki sebuah mata emas.

Dan secara tidak sedar, aku sudah melungsur di awanan. Di telingaku, ada muzik M.Nasir sedang fading out.

Jan 1, 2013

Hujan turun renyai harini macam biasa.