Nov 7, 2013

How to Disappear Completely.

Rasa boleh datang dengan dua rupa keadaan. Satu yang datang sendiri kerana persediaan sudah tersedia. Dan satu yang dicari dan dicuba sungguh untuk ber-rasa.

Nov 4, 2013

Fractal.

Ayuhlah, berikan saya satu peluang lagi untuk berlumba dengan mu. Tidak jauh pun, cuma sehingga sampai ke pamah tempat ibu-bapa kita membanting tulang sahaja. Aku harus mendapatkan peluang ini, marilah.

Tidak, tidak boleh. Aku benci kepada fraktal. Seperti selalunya, engkau bukan menipu, engkau cuma tidak menggunakan lansung peluang yang telah diberikan. Selepas satu, satu lagi engkau bazirkan, hingga seluruh peluang yang telah berada di genggaman kamu menzahirkan abstrak mereka menjadi corak yang fraktal di benakku.

Nov 3, 2013

Tak.

Telah datang akan takbur pada musim sejuk yang lepas. Takbur mengenakan baju yang nipis atau lebih saya kenali pakaian itu sebagai singlet, dipadankan dengan sepasang seluar pendek berjenama unggul. Nampak muda, ranggi tetapi untuk sesebuah masyarakat yang lain, nampak bodoh.

[,]

Masih terngiang kepada saya sebuah lantunan kata-kata dari seseorang yang saya pujai. Katanya, di dalam sinaran yang aku pancarkan kepadamu, ia juga tetap sama akan apa yang telah dituliskan untuk aku memancarkan kepada mereka yang lain selainmu. Maaf, tapi di sini, ia bukan pengakhirannya. Aku, selepas itu masih lagi seorang manusia yang tidak mahu gigih dalam setiap persendaan.

[,]

Pada waktu aku masih kecil, aku ada satu permainan yang semua orang di kampung saya mahu merampasnya daripada saya kerana mutunya permainan itu. Rasa saya, saya ada memberi nama kepada permainan itu tetapi saya sudah lupa akan namanya, sama sepertimana saya lupa akan nikmat lain yang telah diberikan kepada saya. Malam semalam saya bermimpi permainan itu terbang kembali kepada saya. "Katanya, suatu hari nanti kamu akan jadi juga apa yang jadinya saya, dan ingat nama saya, nama saya adalah..." Dari jauh aku nampak dua susuk tubuh membawa rotan, sekeliling saya gelap. Rasa saya, saya akan dibalun sebentar lagi sambil mengira bilangan bunyi tapak kaki yang sedang menjauh.

[,]

Misteri itu tidak semisteri yang saya selalu sangkakan. Misteri yang melanda kawasan perkampungan saya itu datang secara melandai dan pergi sepantas halilintar. Jika saya mahu menceritakan semula kepada kalian apa perasaan dilanda misteri itu, kelak kalian akan mentertawakan saya yang hina ini. Tetapi saya mampu memberikan kalian sebuah misal.

Misalkan sebuah kapal kayu yang dibina di langit yang biru, sebiru warna mata saya yang putih ini. Kemudian kapal itu secara perlahan-lahan menurun ke arah bumi, sambil penurunan itu diiringi oleh bunyian kaos, robekan miniskul muncul sekali dengan derunya angin. Ya, misteri itu sangat kabut dan riuh. Selepas itu, jika nyawa masih panjang saya mahu menjadikannya pembaris.

[.]

-Pasca Noktah-
Dahulu di sebuah negeri di barat, wujud seekor singa. (Nama singa itu dirahsiakan demi menjaga waris beliau yang masih melata di tanah Anatolia.) Singa itu badannya tegap, giginya runcing, matanya tajam, manakala kesingaan beliau; surainya, rapi lagi menggerunkan. Tidak sempurna sesuatu itu tanpa ketidaksempurnaannya (kecualilah yang betul-betul sempurna maka itu adalah luar hal ini) begitulah singa megah yang telah saya ceritakan baru ini. Di sebalik segalanya, singa itu jauh di sukmanya tidak mampu melihat sesuatu dengan penuh keindahan. Jikalau disebutkan kepada singa itu sesuatu yang indah, dia akan terseksa dan secara terpaksa perlu berpura-pura menikmati keindahan sesuatu itu.

Begitulah halnya singa itu sangat sedih, dan menyumpah dirinya menjadi sebuah bumi bertasik. Yang dinamakan seperti penyakit pura-puraanya tadi.


Oct 24, 2013

Hip.

Aku masih terkenang dan mencuba untuk merevive semula spirit hippie yang sudah lama berlalu dari jiwa gua yang sedia kosong ini.

Aku cuba menjejaki gurun yang paling panas, zoo yang paling banyak haiwan, juga laut yang paling banyak bebuih, dan tidak pernah sekali gua mendapati ada hippie gua di situ.

Membawa kepada persoalan seterusnya, bagaimana hip itu boleh lari dan menghilang?

Semalam aku terjumpa seekor anjing di garisan khatulistiwa. Atau secara kurang spesifiknya, di tempat dua lautan bertemu. Waktu itu, gua sedang sedap-sedap minum petang dan menikmati kenikmatan bayu sejuk tanah Zealandia Baru. Entah bagaimana, gua mendapati gua nak menangis sebab buruk benar pos gua kali ini...

Oct 20, 2013

Jangan.

Jangan percaya. Mudah dan hebat, tetapi bukan sukar untuk tidak terpedaya.

Oct 7, 2013

Big.

Besar adalah suatu kata nama yang sering dikaitkan dengan sebuah lagi kata nama yang lain; masa. Besar adalah suatu harapan semua yang kecil, halus dan rendah. Besar juga adalah impian semua mereka yang merasakan tidak pernah cukup dan tidak pernah tenteram.
Besar.
[Koma]
Saya merupakan seorang manusia yang sering hilang tujuan apabila datang sesuatu perkara yang besar ke arah diri saya. Saya mengenali diri saya begini semenjak daripada era saya belasan tahun lagi. Walaupun badan saya besar, sesiapa yang mengenali saya, tahulah mereka bahawa saya ini senang dilayangkan.  Lagi-lagi dengan sesuatu yang bersifat megah dan besar.
Dahulu saya rajin mengarang. Saya turut rajin menulis entri di dalam blog kerana saya gemar membesar-besarkan penulis dan penulisan kreatif. Pada saya benda macam ini, menulis sinis dan kreatif adalah keadaan saya yang sebenar (di mana saya pada masa itu, sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya yang saya mahukan), dan yakin mampu melakukannya sehingga bila-bila.
Kebesaran yang membuat saya termenjadi besar di dalam bidang tersebut ini termasuklah beberapa penulis blog yang matang, kelakar dan mempunyai sinis yang tersendiri seperti. Untuk direkodkan termasuklah Mrs. Feed, Amir Hafizi, Suffian Abbas dan juga Pipiyapong. Penama tersebut tidak disusun menurut turutan kegemaran. Meskipun saya tidak meminati blog yang jenis meluahkan perasaan, kadang saya tetap juga membaca mereka atas faktor untuk menyelidik (baca: stalk) hehehe.
[Koma]
Hambar.
Kini, saya sudah mahir dan alim tentang mengapa sesuatu manusia itu boleh menjadi hambar. Tawar. Dan sekalian adjektif yang sama. Semua ini saya dapati apabila sebuah buruj bercakap dengan saya semalam menceritakan tentang seorang makwe yang terperangkap di gegelung Zuhal. Nampak?
Ya. Hambar dan tidak besar.

Aug 21, 2013

Yakin.

Aku rasa aku betul. Aku yakin sekali nanti, aku akan buat dia ketawa sehingga tidak cukup nafas. Tetapi bila sekali itu? Biarlah aku dan dirinya tahu. Sekarang buat tenang je. Esok kita akan hantar beberapa karipap kesayangan semua orang ke seberang takir. Supaya ramai orang melayu dapat makan, orang cina dapat menikmati, dan manusia secara amnya dapat bersama berbuahkan perbualan dan bertukar pemikiran.

Susah sangatkah. Kalau mudah, mungkin hari ini sudah banyak kereta terbang

Manik!

Manik adalah seorang manic yang berkeliaran di sebuah bandar pasca perperangan yang terletak di timur Asia. Manik berbaju ringkas, pagoda putih lusuh dan sepasang seluar pendek berwarna hijau dinosaur. Manik, rambutnya panjang, kerinting dan berlalat, manakala secara peliknya giginya putih dan tersusun rapi.

Dalam banyak-banyak pertemuan saya dengan Manik, ada sekali itu, pertemuan saya dengannya terasa bagaikan magis. Manik berkeliaran pada hari kemerdekaan bandarnya selepas setahun menang perang, dalam keadaan berbaju rapi dan kemas. Gayanya seperti seorang pelajar lepasan sekolah menengah yang ingin tampak remaja. Manik hari itu berseri-seri, dan di dalam tangannya tergenggam sebiji kristal berwarna ungu. Besar, seperti sebiji epal.

Melihat Manik yang kelihatan haibah, saya bertegur-sapa dengannya. Saya ingat lagi akan wajah Manik ketika saya menyapanya, sungguh manis dan merdu. Tidak seperti manusia normal lain, yang lansung tidak mahu membalas sapaan dengan sempurna. Semuanya sibuk memikirkan urusan dunia yang dikatakan mereka, adalah normal. Normal kah mereka sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan Manik?

Malahan, hari-hari biasa pun, saya perhatikan Manik ini, ahlaknya bagus, perwatakannya hapir ke arah normal, tetapi itulah. Manik itu seorang manic! Pantang baginya apabila disebutkan tentang kanak-kanak. Dia akan menggunakan seluruh tenaga manicnya itu untuk menghasilkan kekacauan yang dia mampu.

Pernah sekali itu, dia membakar janggut seorang lelaki muda di hadapannya. Entah kenapa? Tetapi jikalau dibuang perangainya yang itu, saya rasa, Manik adalah lebih malaikat daripada seluruh masyarakat di bandar saya diami ini. Lebih-lebih lagi saya.

Manik tersenyum, bajunya rapi dan kemas, raut wajahnya manis dan merdu, kristal ungu di tapak tangannya berseri, tetapi sehingga ke hujung ayat ini, adakah Manik ini lelaki, ataupun dianya seorang wanita? Yang penting, jikalau dia tidak manic, mungkin dia akan diangkat menjadi malaikat umat bandar saya.

Aug 12, 2013

Curse.

Curse. Is that thing really a curse? 'Not sure' is a vague and a fool's answer. What does a curse is? imperilment, oath, cuss, anathema.

I can't resist. It's something that my mind keep on craving. It was like something which i can never escape from. Negative creep. Damn, tukar ceritalah.

Bubble II

It starts slowly, a small dot at first. And as time fly by, the spot grew bigger day by day, the colour paler and the volume increased. All of this happened exponentially with time.

And for me to stop that? I can't. Because I knew I love that feeling of something growing in me. I can't resist but to nurture it. To make it better and resemble it's truest potential.

Am I wrong?  At that moment, the moment that thing grew rapidly, I don't even know what's wrong and what's not. It feels like... it doesn't felt anything.

I wonder, if that thing was a curse?

Bubble.

There is something in my heart. I reckon it's spherical in shape, it's small but still significant. I wonder what would it be coloured. Is it red, violet or blue? Or to put it as simple as I could imagine,  is it colourless? But, does the colour is important to me compared to what that thing contains.

Let's go back to the place where all of these things started. Behold, it might involving some time travelling right now. And yes, by the time you read this, with the Permission, we are now on the time where all of these thing began. What thing was it? The spherical things in my heart. 

It all started when I see those thing.  Those tiny little thing which we all know.  Which we all recognised in any languange we speak, it is spoken the same way.

I was there when you were there. I was... I wassini.

Jul 12, 2013

Automata

Sebenarnya aku pun tak tahu lah aku nak buat cam ni lah dia tu dah ada orang lain dan tidak boleh digunakan sebagai bahan yang boleh kita buat satu bentuk dan warna yang tidak dapat menerima hakikat yang telah ditetapkan untuk mengurangkan berat badan.

Dan saya akan cuba untuk mendapatkan rawatan di dalam rumah ni aku nak buat macam mana tu tak boleh nak cakap dengan kau ni dah tak boleh nak cakap dengan kau ni dah ada orang nak kata tak.  Dia tidak tahu kenapa aku tak pernah tengok lagi sekali lagi saya nak buat. 

Tapi aku rasa aku dah lama tak jumpa dia tak nak bagi aku kalau nak beli barang dapur gas dan tidak ada masalah ke dalam rumah tangga dan tidak ada lagi tak ingat dunia ini tidak boleh diterima akal fikiran yang lebih besar dari segi kewangan. 

Kalau nak buat macam ni pun tak tahu apa sebenarnya ni aku nak buat cam tu lah yang paling penting dalam usaha kita untuk belajar bahasa Arab yang lebih tinggi dari segi kewangan yang tidak dapat dielakkan jika ada orang lain dan tidak boleh digunakan sebagai satu cabaran besar yang perlu kita buat sendiri pun tidak akan ada yang terpaksa.

  Kalau nak beli barang kemas dan bersih agar ikan bilis goreng ikan masin ke atas mereka tidak boleh diterima oleh masyarakat kita yang lainnya. 

Bola sepak takraw Apa khabar dari segi kewangan yang tidak dapat dielakkan jika ada orang lain dan tidak boleh digunakan sebagai bahan yang boleh kita buat satu bentuk dan warna yang tidak dapat menerima hakikat yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. 

Tabung Cahaya.

Coversyl adalah seorang budak lelaki yang, tak pernah percaya kepada ; Zeus, kucing ada sembilan nyawa, dan manusia boleh bertukar menjadi harimau.

Semalam Coversyl(C) duduk di atas sebuah kerusi tipikal taman-taman di New Zealand. Dia cuba untuk mengeluarkan sebuah buku merah jambu yang berbentuk kereta api, tatkala pehanya disentuh lembut.

Coversyl menoleh, dia tidak mengenali siapakah gerangan yang baru sahaja menyentuh lembut seluar jeans biru lusuhnya itu. Hey, aku lah ni, kau dah lupa ke? Ujar gerangan tadi itu, lantas dengan manjanya duduk di atas ribaan Coversyl.

Harini kau keseorangan, dan ingin membaca buku tak guna tu lagi ke? Ahah, dah boleh berhenti dah, sebab aku ada benda ni. Kata teman baru Coversyl tadi.

Coversyl terpaku, tidak pernah dia melihat sesuatu pun yang mirip kepada apa yang dipegang oleh perempuan misteri itu. Dia cuba menafsir dan menaakul apakah yang dipegang oleh gadis misteri itu, namun gagal. Lalu Coversyl terus berdiam, memandang ke arah lain, dan bersiul lagi Raya yang beliau hafal.

Gadis misteri itu, yang dinamakan penunggu taman oleh pencinta mitos, semakin lama semakin mengecil dek kerana terdengar siulan lagi raya dari Coversyl. Gadis itu, mengecil, dan mengecil sehingga mewujudkan sebuah ruang vakuum di situ, di taman-taman tipikal New Zealand tadi, seterusnya mencipta havoc kepada segerombolan rama-rama yang sedang menyanyi riang, lagu-lagu saloma.

Coversyl memandang sini akan gadis itu. Dan gadis itu, berkata sesuatu kepada Coversyl.

Katanya, janganlah sentiasa berseorangan, u nampak bangang gila bila berseorangan. Bawaklah sebuah balang berisi cahaya matahari. 

Dan esoknya, Coversyl, ditemui tergantung di biliknya. Di dinding-dinding ruang tidurnya, tertulis 'cahaya' dalam pelbagai warna, font dan saiz. 

Sebulan kemudian, semua orang menceritakan tentang hal itu, dan ada yang bersaksi bahawa pernah melihat Coversyl sedang menurunkan hujan, dan juga mencuri ubi tanaman orang-orang Palmerston North.

May 28, 2013

Saya ada sepuluh sen. Dan semalam, sepuluh sen saya bertukar menjadi bulan, menjadikan sebuah gerhana di waktu pagi yang sejuk.

Apr 22, 2013

Kabus.

Ribut.Tanam.Dulu.Ular.Emas.Daun.Kerani.Jualan.Cili.

Feb 4, 2013

Mimpi.

Semalam gua mimpi gua salin kulit. Dalam proses gua salin kulit tu, takdelah sakit sangat, cuma seingat gua, lepas salin kulit tu, rasa aman dan dingin yang amat.

Sejuk, dan bangun tidur gua selsema.

Jan 9, 2013

Oh.

Amat dihidapi penyakit. Yang teruk. Dan.

Esok. Amat akan. Pergi berjumpa doktor.

Harapnya klinik bukak. Kerana Amat. Sakit.

Menangis? Amat tidak. Dia budak hebat.


Jan 7, 2013

Lullaby.

Was something important before, at least was before until Lol transformed into lul or lulz. Then Lullaby is a ridiculous thing. It becomes, Lol, a bye.

Jan 5, 2013

Semalam gua ada buat draf-minda pasal Blis si anti-sosial dan kucingnya Ibiza. Dan hari ini, neuron yang bertanggungjawab menghubungkan kawasan sedar gua hari ini, dan kawasan simpanan draf-minda gua pasal Blis si anti-sosial dan kucingnya Ibiza tu, tidak dapat hadir.

Mungkin dah tiba masanya gua menjadikan kismis sebagai makanan ruji.

Jan 3, 2013

Rebel.

Sebab aku sayangkan negara lah aku kuat rebel. Kata Yatim dengan penuh semangat. Aku nampak dua titis air liur beliau masuk kedalam kopinya sendiri. Yang kemudiannya dihirup laju oleh Yatim. Ahhh, ujar Yatim. Mungkin kesedapan dan hilang haus.

Yatim tampak berbeza hari ini, dia kelihatan seperti pelangi. Dan dalam sibuk aku memerhati beliau atas-bawah-atas, Yatim masih tetap meneruskan kisah rebelnya itu. Tapi aku bukannya dengar sangat. Aku lebih into scene memerhatikan baju beliau (yang aku bimbang, adakah warna hitam bajunya itu disebabkan pewarna? Ataupun dosa-dosa masyarakat kapitalis yang dia sibuk pom pam pom pam dari dua minggu lepas?) dan, ceramah beliau itu hanya kedengaran seperti bunyi kucing batu mengiaw yang kelaparan kasih sayang seorang petani sahaja.


Yatim memang kuat bercerita, tapi tentang rebel beliau ni, dia hanya penyeri scene sahaja. Bukan rebellist sebenar, kata abang Yatim, Supian pada gua dua hari lepas. Ketika itu, berlaku temasya muda-mudi antara orang bunian, sempena tarikh matahari bertukar pemerintah. "Pernah sekali tu, aku rebel dengan sorang mamat jual tiket ni. Aku tak puas hati betul, ada ke patut dia tu..." tambah Yatim lagi.

Aku terus terleka. Dan lamunan dan fikiran aku terhenti seketika ketika aku perasan sesuatu di kerongkong Yatim. Ya, kerongkong dia diperbuat daripada daging saudaranya sendiri. Dan aku yang kehairanan, terus beredar sambil membaca jampi yang pernah aku dengar dalam rancangan Yu-Gi-Oh dengan penuh tertib dan tartil. Lantas, muncul seorang gadis keturunan mesir (agaknya aku) menaiki sebuah mata emas.

Dan secara tidak sedar, aku sudah melungsur di awanan. Di telingaku, ada muzik M.Nasir sedang fading out.

Jan 1, 2013

Hujan turun renyai harini macam biasa.