Dec 26, 2012

Wak Komeng Mafia

Ni bukan gua. Dan bukan gua ni adalah gua.

Nama mafia gua, paling gempak sekali Komeng. Hobi gua selepas membaca Quran dan Solat adalah menembak Counter-terrorist. Senjata gua selain parang adalah Dessert Eagle. Ya. Gua tau itu buatan yahudi. Macam la benda-benda macam tu real sangat.

Gua sekarang sedang nak belajar-belajar menggunakan parang sebagai senjata kedua. Serta memantapkan kekuda serta ilmu parang terbang. Diharapkan selepas ni bolehlah gua membantu jiran-jiran gua yang sering menangis akibat mengupas bawang dengan menghulurkan kata-kata motivasi.

Gua juga minat sama band-band yang sangat rock dan tak macam Korea serta New Boyz. Apalah sangat benda-benda macam ni kalau nak dikomparekan dengan spirit 'Rock' gua yang mencakupi pelbagai-bagai bidang dan falsafah masing seperti 'straight-edge' serta 'anarcho punk'. Korea dan Newboyz ada pulak hal-hal spirit macam ni.

Gua punya impian pula nak bersalaman dengan darth vader. Semalam masa aku sedang berjalan kaki untuk ke kedai makan. Gua ada perasan sama seekor darth vader sedang berjalan membawa sebatang light saber kaler merah yang terhunus semart-semart di tangan kirinya. Dan darth vader itu sedang tersenyum ke arah gua. Gua kaget lalu mengkarate tapak tangan gua sendiri tanda tak bersedia. Selepas itu semalam pun berlalu dan muncul hari ini-hari gua menulis ni (inilah).

Hari ni gua tak jumpe darth vader pun. Tapi masa gua tengah jalan-jalan dengan fesbuk, member kamceng gua sejak beberapa bulan yang lepas ni. Gua ada ternampak seekor lebah telah pun 'down' di hadapan tandas. Kelihatan beberapa ekor semut merah sedang ber'marching' ke arah lebah itu sambil menjerit; "pon! pon! pata pon! Gua melihat 'scene' tersebut sambil tersenyum sikit. Fesbuk yang sedang bercakap-cakap dengan aku perihal pokok taugeh eksperimennya, seluarnya yang basah disiram embun pagi, lecture classnye dibatalkan dan kedudukan dan latitudnya sekarang memang gua tak hirau dah.

Dan hai! Nama mafia gua Komeng, dan gua tak into aktiviti-aktiviti seperti Busana muslimah dan Ladies Night. Bukannya bermaksud gua menolak terus aktiviti-aktiviti art macam gitu. Tapi gua ni laki-laki. Agak tak manis kalau gua into scene-scene macam itu.

Hai! Nama mafia gua Komeng. Lu?

No comments: