Dec 26, 2012

Setelah berlaku pendarahan angan-angan yang menderu-deru, abdul menjadi liar. Musang berambut tegak di hujung kawasan, masih lagi menghisap paip. Kini lebah-lebah di pokok menerawang tanpa hala tuju. Kucing-kucing berkumpul membuat tunjuk perasaan.

Awan mengalir tenang di parit depan hospital semasa abdul keluar dari bangunan yang tiada dimensi itu. kelihatan dua tiga buah van mayat duduk berlonggok di tembok pagar hospital. Berborak pasal cadangan nak besorkan dapur mak dia gamaknya.

Rama-rama datang, dan rama-rama pergi, akhirnya sungai di atas bukit itu mati. Jalannya tersekat di tengah-tengah oleh ratusan juta ekor monyet yang berpiknik di tengah-tengah sungai.

Hujan biji-biji poppi telah lama berhenti, tapi sekarang abdul masih begini. Liar.

No comments: