Dec 26, 2012

LaitSeber

Maka yang mana-mana antara mereka itu yang memiliki light saber daripada bervariasi kalernya, ber'wreeeng-wrrrooooong-wreeeng-wrooong' lah mereka bila mana mereka berselisih antara mereka semua. Dan yang tiada memiliki light saber, walau apa jua warnanya, tiadalah dapat melakukan apa-apa selain mengucap dua kalimah shadah dan berniat untuk mati dalam agama serta iman yang kamil.

Kerosakan bandar-bandaraya dimana berlakunya kacau bilau itu bukanlah enteng-enteng. Hatta gagak sekalipun enggan menghinggapi walau seinci bumipun di tanah terlaknat itu. Diceritakan, darah yang bertaburan adalah palsu. Gigi yang bersepah, palsu jua. Dan kepalsuan tentang mayat-mayat bergulingan memanglah tepat.

Amukan semberono dari pemilik light saber yang berbagai kaler itu, cumalah bayangan. Hasil daripada Engkau, yang penuh dengan keakuan. Engkau yang mesti mahu meng-aku. Pastinya Engkau tak mungkin takut, bilangan aku yang engkau milikkan adalah melangit.

No comments: