Dec 28, 2012

Gold, and dream.

Ah, my mistakes. It was supposed to be goal, but who cares. Gold is so attractive, that the gold itself, is nonreactive.

Sebenarnya benda paling tak best sekali semasa pegang keyboard ni adalah writer's block.

Dulu, gua suka memperkecilkan sesiapa yang ada impian dan cita-cita. Pada gua, buat apa nak ada benda tu semua, lagi-lagi kalau impian somebody tu adalah kereta and material stuffs like that. Entah kenapa, tapi bila gua dah besar sikit, baru gua perasan kenapa gua suka memperkecilkan mereka-mereka yang ada impian dan cita-cita besar tersebut.

Ia adalah sekadar naluri narkisis. Gua kena admit, masa dulu-dulu gua takde lansung impian dan cita-cita ni. Sebab pada gua, ya, dulu gua tak suka meletakkan sebab jugak dalam semua tindakan dan perilaku gua. Anjing kan perangai? Oh lupa nak sambung, sebab gua rasa pointless untuk ada impian, bukan boleh tercapai pun, gua pada masa dulu lah. Lame dan anjing kan perangai?

Pelik? Entah, but hey, sampai sekarang ni pun, gua tak bangga dengan perangai gua yang suka memperkecil hopes and dream orang lain. Yang biasanya gua akan mulakan dengan, "Hekeleh, buat apa nak ke situ, nak beli ini, nak buat macam tu?" ataupun sesuatu yang macam "tak rugi pun kalau tak (masukkan apa-apa sahaja di sini)."

Dan itu, sebenarnya adalah suatu anjing yang besar dalam diri gua. Menyalak dan menyalak menghantui diri gua. Kah kah. Gua harap tulisan ni tak berunsurkan Nami.

Sebenarnya, benda macam tu jugaklah yang buat gua berasa intimidated sebenarnya, seperti kura-kura yang pecah cengkerang. Dan gua ada rahsia nak beritahu ni, impian gua sebenarnya nak solvekan Unified String Theory, kelakar bukan? Orang melayu nak selesaikan kerja mat salleh. Tapi dulu perasaan gua memang berkobar nak buat benda ni. But hell, these two years do changed me. Besar dah rupanya perangai anjing dalam diri gua ni.

1 comment:

Anonymous said...

Narsisis lah, bukan narkisis. hehe