Dec 26, 2012

Abdul Jumpa Saidkik.

Gua tak tau, tapi masa gua sedang sibuk memburu seekor unta di padang salji itu. Gua tak bawa sekali saidkik, sebab dia bizi nak setting amp guitar. Tapi balik-balik, gua nampak tempat persembunyian gua dah penuh dengan kambing biri-biri kaler hitam dan berhuf merah. Masing-masing duduk-duduk santai tanpa keluar bunyik yang aneh-aneh. Cuma ada dua tiga saja yang mungkin tidur, lalu mengeluarkan dengkur.

Rupa-rupanya abdul singgah tadi. Dia tanya, dekat tempat persembunyian gua ni ada charger ke tak?. Sebab laitseber kaler hijaunya dah nak kehabisan karen. Ha.

No comments: