Dec 28, 2012

Gold, and dream.

Ah, my mistakes. It was supposed to be goal, but who cares. Gold is so attractive, that the gold itself, is nonreactive.

Sebenarnya benda paling tak best sekali semasa pegang keyboard ni adalah writer's block.

Dulu, gua suka memperkecilkan sesiapa yang ada impian dan cita-cita. Pada gua, buat apa nak ada benda tu semua, lagi-lagi kalau impian somebody tu adalah kereta and material stuffs like that. Entah kenapa, tapi bila gua dah besar sikit, baru gua perasan kenapa gua suka memperkecilkan mereka-mereka yang ada impian dan cita-cita besar tersebut.

Ia adalah sekadar naluri narkisis. Gua kena admit, masa dulu-dulu gua takde lansung impian dan cita-cita ni. Sebab pada gua, ya, dulu gua tak suka meletakkan sebab jugak dalam semua tindakan dan perilaku gua. Anjing kan perangai? Oh lupa nak sambung, sebab gua rasa pointless untuk ada impian, bukan boleh tercapai pun, gua pada masa dulu lah. Lame dan anjing kan perangai?

Pelik? Entah, but hey, sampai sekarang ni pun, gua tak bangga dengan perangai gua yang suka memperkecil hopes and dream orang lain. Yang biasanya gua akan mulakan dengan, "Hekeleh, buat apa nak ke situ, nak beli ini, nak buat macam tu?" ataupun sesuatu yang macam "tak rugi pun kalau tak (masukkan apa-apa sahaja di sini)."

Dan itu, sebenarnya adalah suatu anjing yang besar dalam diri gua. Menyalak dan menyalak menghantui diri gua. Kah kah. Gua harap tulisan ni tak berunsurkan Nami.

Sebenarnya, benda macam tu jugaklah yang buat gua berasa intimidated sebenarnya, seperti kura-kura yang pecah cengkerang. Dan gua ada rahsia nak beritahu ni, impian gua sebenarnya nak solvekan Unified String Theory, kelakar bukan? Orang melayu nak selesaikan kerja mat salleh. Tapi dulu perasaan gua memang berkobar nak buat benda ni. But hell, these two years do changed me. Besar dah rupanya perangai anjing dalam diri gua ni.

Kenapa gua benci?

Ini menimbulkan masalah besar kepada gua, sampai sekarang, gua rasa tak patut kalau nak dengar lagu Red Hot Chilli Peppers, sebab Abang pun minat sama band tu.

Adakah ini namanya hipster dalam jiwa? Sebab, sebagai maklumat kalian, band ni, gua dah pernah dengar sejak well, tadika lagi masa tu ada kaset rhcp dekat rumah gua. Lagu yang tengah in time tu lagu Otherside (often styled as EDISREHTO).

Inilah yang dinamakan kerunsingan, pertama kerunsingan terhadap hipster dalam jiwa. Kedua, kerunsingan terhadap loop dalam diri yang, kotor dan gelap akibat kebencian terhadap Abang. Segelap pigment jiran gua. Kah kah.


nota: Abang = nama gelaran.

Dec 26, 2012

Wak Komeng Mafia

Ni bukan gua. Dan bukan gua ni adalah gua.

Nama mafia gua, paling gempak sekali Komeng. Hobi gua selepas membaca Quran dan Solat adalah menembak Counter-terrorist. Senjata gua selain parang adalah Dessert Eagle. Ya. Gua tau itu buatan yahudi. Macam la benda-benda macam tu real sangat.

Gua sekarang sedang nak belajar-belajar menggunakan parang sebagai senjata kedua. Serta memantapkan kekuda serta ilmu parang terbang. Diharapkan selepas ni bolehlah gua membantu jiran-jiran gua yang sering menangis akibat mengupas bawang dengan menghulurkan kata-kata motivasi.

Gua juga minat sama band-band yang sangat rock dan tak macam Korea serta New Boyz. Apalah sangat benda-benda macam ni kalau nak dikomparekan dengan spirit 'Rock' gua yang mencakupi pelbagai-bagai bidang dan falsafah masing seperti 'straight-edge' serta 'anarcho punk'. Korea dan Newboyz ada pulak hal-hal spirit macam ni.

Gua punya impian pula nak bersalaman dengan darth vader. Semalam masa aku sedang berjalan kaki untuk ke kedai makan. Gua ada perasan sama seekor darth vader sedang berjalan membawa sebatang light saber kaler merah yang terhunus semart-semart di tangan kirinya. Dan darth vader itu sedang tersenyum ke arah gua. Gua kaget lalu mengkarate tapak tangan gua sendiri tanda tak bersedia. Selepas itu semalam pun berlalu dan muncul hari ini-hari gua menulis ni (inilah).

Hari ni gua tak jumpe darth vader pun. Tapi masa gua tengah jalan-jalan dengan fesbuk, member kamceng gua sejak beberapa bulan yang lepas ni. Gua ada ternampak seekor lebah telah pun 'down' di hadapan tandas. Kelihatan beberapa ekor semut merah sedang ber'marching' ke arah lebah itu sambil menjerit; "pon! pon! pata pon! Gua melihat 'scene' tersebut sambil tersenyum sikit. Fesbuk yang sedang bercakap-cakap dengan aku perihal pokok taugeh eksperimennya, seluarnya yang basah disiram embun pagi, lecture classnye dibatalkan dan kedudukan dan latitudnya sekarang memang gua tak hirau dah.

Dan hai! Nama mafia gua Komeng, dan gua tak into aktiviti-aktiviti seperti Busana muslimah dan Ladies Night. Bukannya bermaksud gua menolak terus aktiviti-aktiviti art macam gitu. Tapi gua ni laki-laki. Agak tak manis kalau gua into scene-scene macam itu.

Hai! Nama mafia gua Komeng. Lu?

LaitSeber

Maka yang mana-mana antara mereka itu yang memiliki light saber daripada bervariasi kalernya, ber'wreeeng-wrrrooooong-wreeeng-wrooong' lah mereka bila mana mereka berselisih antara mereka semua. Dan yang tiada memiliki light saber, walau apa jua warnanya, tiadalah dapat melakukan apa-apa selain mengucap dua kalimah shadah dan berniat untuk mati dalam agama serta iman yang kamil.

Kerosakan bandar-bandaraya dimana berlakunya kacau bilau itu bukanlah enteng-enteng. Hatta gagak sekalipun enggan menghinggapi walau seinci bumipun di tanah terlaknat itu. Diceritakan, darah yang bertaburan adalah palsu. Gigi yang bersepah, palsu jua. Dan kepalsuan tentang mayat-mayat bergulingan memanglah tepat.

Amukan semberono dari pemilik light saber yang berbagai kaler itu, cumalah bayangan. Hasil daripada Engkau, yang penuh dengan keakuan. Engkau yang mesti mahu meng-aku. Pastinya Engkau tak mungkin takut, bilangan aku yang engkau milikkan adalah melangit.
Setelah berlaku pendarahan angan-angan yang menderu-deru, abdul menjadi liar. Musang berambut tegak di hujung kawasan, masih lagi menghisap paip. Kini lebah-lebah di pokok menerawang tanpa hala tuju. Kucing-kucing berkumpul membuat tunjuk perasaan.

Awan mengalir tenang di parit depan hospital semasa abdul keluar dari bangunan yang tiada dimensi itu. kelihatan dua tiga buah van mayat duduk berlonggok di tembok pagar hospital. Berborak pasal cadangan nak besorkan dapur mak dia gamaknya.

Rama-rama datang, dan rama-rama pergi, akhirnya sungai di atas bukit itu mati. Jalannya tersekat di tengah-tengah oleh ratusan juta ekor monyet yang berpiknik di tengah-tengah sungai.

Hujan biji-biji poppi telah lama berhenti, tapi sekarang abdul masih begini. Liar.

Buka angin.

Jenny klik pada butang share dan tersenyum nipis. Dia ulang benda yang sama lagi, dan lagi. Dengan sela masa lima belas minit.

Tapi kenapa ya, kata jenny. Kenapa belum puas lagi, kenapa belum ada rasa lagi, kata Jenny.

Tak semena-mena monitor usang berkabut dan berlipas di hadapan jenny terpadam. Dan jenny menjadi kucing angkasa yang menerawang mencari mimpi-mimpi indah untuk dimakan.

Ke-te-pap. Mati dua ekor lipas di tangan abdul.

Abdul Jumpa Saidkik.

Gua tak tau, tapi masa gua sedang sibuk memburu seekor unta di padang salji itu. Gua tak bawa sekali saidkik, sebab dia bizi nak setting amp guitar. Tapi balik-balik, gua nampak tempat persembunyian gua dah penuh dengan kambing biri-biri kaler hitam dan berhuf merah. Masing-masing duduk-duduk santai tanpa keluar bunyik yang aneh-aneh. Cuma ada dua tiga saja yang mungkin tidur, lalu mengeluarkan dengkur.

Rupa-rupanya abdul singgah tadi. Dia tanya, dekat tempat persembunyian gua ni ada charger ke tak?. Sebab laitseber kaler hijaunya dah nak kehabisan karen. Ha.

Dec 23, 2012

All we ever got was cold. Get up, eat jelly, sandwich bars and barbed wire. And squash every week into a day.