Nov 14, 2012

Tiada Kusangka.

Ke mana hilangnya keroncong?

Masa adalah suatu teka-teki yang sangat meneka-tekikan seseorang, kalau tidak engkau, ianya aku. Ada kalanya ia boleh dilajukan dan ada kalanya ianya perlahan, lebih perlahan dari sekali degupan jantung. Masa sangat berkuasa, kata mereka kalau tidak mengubah seseorang, masa boleh memulihkan segala kecacatan ataupun ketidak-senangan yang ada. Ianya berkuasa untuk memulihkan segala kesakitan.

2012, adalah sebuah tahun, begitu juga 2011, begitu juga 2010 dan begitu juga untuk setiap nombor yang wujud. Persoalannya sampai bilakah pengiraan tahun ini akan diteruskan? Bergantung. Pada siapa yang menghidupkan tahun, siapa yang berusaha menghidupkan tahun.

Ia adalah sebuah dua tahun yang bewarna-warni sebelum ini, sebuah dua tahun adalah satu penggunaan ayat yang gagal dan lemah tetapi siapa kisah, kata mereka yang berfahaman Who Cares-Metallica. Terima kasih. :) Beberapa tahun yang penuh dengan semua benda yang layak dipenuhi, beberapa tahun yang terasa cepat tetapi penuh pengisian.

Berapa kali kesalahan, berapa banyak kekurangan dan berapa kali peluang dan ketidak-kiraan penghargaan, dan sokongan, semuanya termasuk di dalam buku 'yang tidak mampu dilangsaikan'. Dan kalau beribu kali kesenangan pun yang diberikan, tetap tidak mampu terlangsai jugak. Ah, diharap ini tidak memesongkan sesiapa.

'If I lose everything to the fire, Did I ever make it through?'

No comments: