Nov 28, 2012

Tidak Pasti.

Bagaimana sebenarnya yang berlaku kepada pandangan gua. Maksud gua iyalah, pandangan gua dah tak tajam macam dahulu. Kalau nampak sesuatu, biasanya tidak nampak kejelasan objek tersebut. Sepertinya banyak tahi mata.

Ah, kalau saja boleh ditajamkan pemandangan ini, tidak perlulah gua melanggan Astro Byond.

Nov 27, 2012

Pernah.


"Aku telah berjumpanya dalam kelajuan cahaya. Dan sepantas kelajuan cahaya, aku berpusing gembira."
 Dan untuk bila-bila lagi, harapnya kudrat gua melebihi ucapan sendiri.




Here. A rocket.


Pinjam.

Ini?

    Refleksi bukan adalah sesuatu yang overrated bukan? Dan untuk semua benda yang telah gua pinjam, boleh tak kalau. Erm, gua simpan terus? Sebab ada antara benda yang gua pinjam tu, gua ralat kalau nak pulangkan semula, seperti yang telah enak berakar di Hippokampus gua.

   Apa itu Hippokampus? Ah, itu tempatnya, listrik-listrik dari pada segala deria yang gua pernah lalui membina sarang kimia mereka sendiri. Synapses. Deja vu.

   Boleh kan kalau nak simpan?

Nov 14, 2012

Menulis ni sebenarnya seronok, kadang-kadang je yang buat tak seronok rasa yang kononnya orang lain nak pandang slack padahal tiada apa-apa pun. Exaggerate mat salleh kabor.


Here I go.

Misteri.

Tiada yang lebih misteri melainkan internet yang sekejap laju, sekejap perlahan.
OH! Dan juga sesuatu yang fractal.

Tiada Kusangka.

Ke mana hilangnya keroncong?

Masa adalah suatu teka-teki yang sangat meneka-tekikan seseorang, kalau tidak engkau, ianya aku. Ada kalanya ia boleh dilajukan dan ada kalanya ianya perlahan, lebih perlahan dari sekali degupan jantung. Masa sangat berkuasa, kata mereka kalau tidak mengubah seseorang, masa boleh memulihkan segala kecacatan ataupun ketidak-senangan yang ada. Ianya berkuasa untuk memulihkan segala kesakitan.

2012, adalah sebuah tahun, begitu juga 2011, begitu juga 2010 dan begitu juga untuk setiap nombor yang wujud. Persoalannya sampai bilakah pengiraan tahun ini akan diteruskan? Bergantung. Pada siapa yang menghidupkan tahun, siapa yang berusaha menghidupkan tahun.

Ia adalah sebuah dua tahun yang bewarna-warni sebelum ini, sebuah dua tahun adalah satu penggunaan ayat yang gagal dan lemah tetapi siapa kisah, kata mereka yang berfahaman Who Cares-Metallica. Terima kasih. :) Beberapa tahun yang penuh dengan semua benda yang layak dipenuhi, beberapa tahun yang terasa cepat tetapi penuh pengisian.

Berapa kali kesalahan, berapa banyak kekurangan dan berapa kali peluang dan ketidak-kiraan penghargaan, dan sokongan, semuanya termasuk di dalam buku 'yang tidak mampu dilangsaikan'. Dan kalau beribu kali kesenangan pun yang diberikan, tetap tidak mampu terlangsai jugak. Ah, diharap ini tidak memesongkan sesiapa.

'If I lose everything to the fire, Did I ever make it through?'

Nov 8, 2012

Flower Power,

Dah sampai kepada gua satu zaman, yang gua rasa tiada apa pun yang memberikan makna lagi. Satu zaman yang lelah. Buat apa satu pun tidak akan sudah yang macam-macam dulu tu. Oh, kata ganda.