Aug 22, 2012

Sellout.

Perasaan agak cilaka bila gua sendiri panggil diri gua sellout. Kah kah.

Ianya seperti sebuah perasaan yang kau tahu, "this is fake", "this isn't real", "wtf, kenapa gua boleh sellout sampai macam ni?", dan jawapannya adalah seabstrak; berapa bilangan warna pelangi yang berbeza.

Dosa bagi sellout adalah sangat besar bagi seorang yang berprinsip tegar dan gebangnya semesta galaxy. Ibarat panahan perkasa dari mata Basilisk, monster dongeng di hujung minggu, seseorang yang sellout adalah seperti debu yang menunggu ketibaan angin untuk menceraikan jisim-jisim mereka hanya untuk dipadukan kemudiannya menjadi habuk. Mungkin di bilah kipas, ataupun di atas tivi.

Sellout adalah seperti sebuah tali yang berapi.
Sellout adalah durjana alam. Perasaan seorang sellout sepatutnya malu sehingga tak patut berasa layak kekal hidup dalam society keliling.

Terima kasih. Sellout tak sellout, gua minta maaf.

No comments: