Aug 10, 2012

Mr. Crowley

Suatu kepaduan, antara dua benda yang berlawanan adalah lagu Najwa Latip. Untuk menambahkan kefahaman, 'lagu Najwa Latip' baca sebagai 'Kosong'.

Dan di antara kosong itu, ada sebuah lagi kosong yang semua orang faham sebagai sebuah lubang yang tiada berisi apa-apa walaupun sekecil zarah. Dan sampai sekarang aku masih tidak kenal apa, atau mungkin siapa itu zarah. Zarah food?  Untuk soalan itu, aku tinggalkan di belakang sekejap, kerana prioriti adalah prioriti.

Dan sekumpulan kecil manusia akan sampai ke sebuah lagi kumpulan kecil manusia untuk memberitahu sesama mereka bahawa, bertapa takutnya mereka. Apakah suatu ketidak fahaman berlaku di situ?

Untuk apa dihebahkan sesama mahluk rasa itu adalah takut, atau rasa itu adalah satu kegerunan. Kerana adapun tanpa keizinan siapalah mahluk itu sendiri untuk mendengar. Apakah suatu kefakiran itu, jika diperincikan ibarat si fakir mengadu kepada si fakir yang lain, oh saya lapar. Dan si fakir yang di adu itu sendiri berkata oh lapar juga. Bagaimana dapat diwujudkan kekosongan jika berlaku perpaduan antara dua benda yang sama?

Haruslah cari suatu yang berlawanan untuk mencapai kekosongan. kerana kata kosong itu sendiri merujuk kepada kelapangan.

No comments: