Aug 22, 2012

Sellout.

Perasaan agak cilaka bila gua sendiri panggil diri gua sellout. Kah kah.

Ianya seperti sebuah perasaan yang kau tahu, "this is fake", "this isn't real", "wtf, kenapa gua boleh sellout sampai macam ni?", dan jawapannya adalah seabstrak; berapa bilangan warna pelangi yang berbeza.

Dosa bagi sellout adalah sangat besar bagi seorang yang berprinsip tegar dan gebangnya semesta galaxy. Ibarat panahan perkasa dari mata Basilisk, monster dongeng di hujung minggu, seseorang yang sellout adalah seperti debu yang menunggu ketibaan angin untuk menceraikan jisim-jisim mereka hanya untuk dipadukan kemudiannya menjadi habuk. Mungkin di bilah kipas, ataupun di atas tivi.

Sellout adalah seperti sebuah tali yang berapi.
Sellout adalah durjana alam. Perasaan seorang sellout sepatutnya malu sehingga tak patut berasa layak kekal hidup dalam society keliling.

Terima kasih. Sellout tak sellout, gua minta maaf.

Menjernihkan Draft 7.

Gua akan memanggil sebuah senapang gajah untuk diacukan kepada kepala gua sekarang juga kalau gua sebut perkataan, wah sudah lama tak menulis.

Ya, kalau ada lah senapang gajah itu.

Menjernihkan Draft 6. (Seremban.)

Ini adalah salah satu malam kepada malam-malam gua di seremban. Selalunya malam-malam di seremban ini warnanya gelap, macam lohong hitam. Tetapi dalam malam-malam di seremban itu, ada sahaja kadang-kadang malamnya yang berwarna bukan hitam, dan yang paling penting bukan juga putih atau biru. Pernah gua lihat malam yang merah, kuning dan paling rare sekali adalah malam yang penuh dengan

Menjernihkan Draft 5. (Satu piring yang penuh rahsia.)

Bagi Abdul sebuah piring terbang adalah perkara normal di kawasan perkampungannya itu. Seperti nasi di dalam kemasyarakatan melay

Menjernihkan Draft 4. (Auto.)

Jadi ini adalah sahibul hikayat sebuat peti sejuk yang aktif pada waktu kelam.

Menjernihkan Draft 3. (Hypothrocoid)

Dan Aphrodites. Dan Venus. Dan Mars.

Menjernihkan Draft 2.

Gua ada masalah. Sudah tiad

Menjernihkan Draft.

Bukan senang nak jadi kelongsong peluru yang hidup ni, kadang-kadang kau kena menjadi sebuah api yang sirna tapi malap. Kadang-kadang kau kena jadi sebuah bola kristal yang berwarna kundang, dan kadang-kadang, kau mungkin perlu mengambil goreng pisang pada waktu petang selama 40 hari berkerja.

Aug 19, 2012

Larut.

Suatu kesimpulan untuk kesemua matlamat adalah nyahkalis.

Aug 10, 2012

Mr. Crowley

Suatu kepaduan, antara dua benda yang berlawanan adalah lagu Najwa Latip. Untuk menambahkan kefahaman, 'lagu Najwa Latip' baca sebagai 'Kosong'.

Dan di antara kosong itu, ada sebuah lagi kosong yang semua orang faham sebagai sebuah lubang yang tiada berisi apa-apa walaupun sekecil zarah. Dan sampai sekarang aku masih tidak kenal apa, atau mungkin siapa itu zarah. Zarah food?  Untuk soalan itu, aku tinggalkan di belakang sekejap, kerana prioriti adalah prioriti.

Dan sekumpulan kecil manusia akan sampai ke sebuah lagi kumpulan kecil manusia untuk memberitahu sesama mereka bahawa, bertapa takutnya mereka. Apakah suatu ketidak fahaman berlaku di situ?

Untuk apa dihebahkan sesama mahluk rasa itu adalah takut, atau rasa itu adalah satu kegerunan. Kerana adapun tanpa keizinan siapalah mahluk itu sendiri untuk mendengar. Apakah suatu kefakiran itu, jika diperincikan ibarat si fakir mengadu kepada si fakir yang lain, oh saya lapar. Dan si fakir yang di adu itu sendiri berkata oh lapar juga. Bagaimana dapat diwujudkan kekosongan jika berlaku perpaduan antara dua benda yang sama?

Haruslah cari suatu yang berlawanan untuk mencapai kekosongan. kerana kata kosong itu sendiri merujuk kepada kelapangan.

Aug 9, 2012

Kuasa Kucing, dan Lautan Cinta kata mereka.

Banyak makan banyak tidur. Banyak tidur banyak menyesal.

Aug 3, 2012

Tahu.

Kau?
Ada suatu masa nanti akan berlaku persaingan di mana akan ada entiti yang berada di hadapan. Dengan misinya dan visinya dan objektif mereka yang terang dan bundar. Melampaui apa yang pernah engkau sampaikan dan cuba sampaikan, dan apa yang terhasil oleh sendiri dientengkan oleh ketohoran kolam minda sendiri.

Lambat laun semuanya memotong walau apa pun yang engkau cuba sampaikan dahulu.

Aug 1, 2012

Walls.

I don't need no arms around me. And I dont need no drugs to calm me. I have seen the writing on the wall. Don't think I need anything at all.
 
No! Don't think I'll need anything at all.