Jul 14, 2012

Suntikan POP,

1: Aku sedang mencari sebuah suntikan surrealism untuk projek terbaru gua yang masih belum diberikan apa-apa tajuk yang tetap lagi. Setakat daripada hasil-hasil mesyuarat yang telah lalu, besar kemungkinan, projek tu akan dipanggil LN- Liberalist Neojahiliat.

2: Kalau dana untuk menguruskan projek itu dapat dikumpulkan dalam masa dua hingga tiga minggu dari sekarang, aku berani cakap, dalam masa sebelum ataupun pada pagi raya nanti, dah boleh menikmati hasil projek tersebut.

3: Aku memerlukan sumbang saran untuk projek aku nanti, dan beberapa pembantu tetap untuk membantu menyelaraskan perkembangan projek tersebut. Kalau boleh hendaklah memiliki semangat assabiah yang kurang, dan nasionalisme yang tinggi.

4: Puasa mungkin dalam masa lagi seminggu. Oleh itu gua berharap sangat semua orang dah ready nak menyambut ramadhan. Ramadhan ni bulan mulia. Tarbiyah Ramadhan harap-harap dapat dijalankan untuk mentarbiyyah hati yang sedih.

5: Sebelum aku mula mengarut dengan lebih panjang dan lebih lebar, sukacita gua ingin mengatakan projek-projek di point 1,2 dan 3 itu adalah palsu. dan tiada satu pun yang betul. Tujuan ditulis sedemikian hanyalah untuk menguji gaya penulisan baru gua. Kerana mungkin gua dah mula nak aktif semula dalam dunia bolog. Ya bolog bukan blog. sebab aku memang cool macam tu.


No comments: