Jul 22, 2012

A month.

Bila dibuang (N) adalah seekor kupu-kupu. Huruf yang terpenting (S) kalau hilang, maka ada eetengah benda tak boeleh diebut. Eperti abun dan awan. Sudah sebulan. Bukan tempoh lama, tetapi sesetengah benda, adalah pantas. Setahun jagung.

Faham.

Kerja memahamkan sesuatu bukan adalah termasuk dalam bidang kerja gua. Tapi gua faham, kali ini, adalah suatu escapism. ;( Selagi tak tahu apa hasilnya, tiada keputusan dapat dibuat. Ya aku faham. Minta maaf adalah terlalu mainstream, dan memang sebenarnya gua bukan orang jenis senang nak minta maaf. Outstationbus. <------ok ni lame

Jawapan gua kepada soalan "A beautiful woman is..." Setahun yang lepas.

...subjected to observers frame of references.In order to define how/who/what is a beautiful women is, first the observers must know which perspective are they in, in general context, there are more than a way to define a beautiful woman. But according to Friedrich Nietzsche(father of Nihilism)to define something means to have knowledge about that something. Such as an example defining beautiful woman, a certain observers must first have knowledge about being beauty or at least know which frame of references are they into to define what a beauty is. And he(Nietzsche) also noted that "knowledge" is always by someone of some thing: it is always bound by perspective, and it is never mere fact. In which it was always the observers interpretations which they understand something and gave it the meaning.
Nietzsche characterized nihilism as emptying the world, especially human existence of meaning, purpose, comprehensible truth, or essential value. Which according to nihilist, the conclusion is there's no such thing or such adjective as beautiful. Am I right? But I'm not a nihilist. Therefore. a beautiful woman is a woman who are being themselves whenever and wherever, as long as she have souls and faith. Walla!

Jul 18, 2012

if only i read that.

The Wall.

Dalam album The Wall tu, ada tiga empat lagu yang sangat menarik perhatian saya di mana saya sering mempersoalkan kerelevanan lagu-lagu tersebut. Dan tajuk-tajuk lagu tersebut adalah..

Tiada. Semua lagu dalam album itu harus dilupakan, segala rekod dalam memori perlu dibakar. Kerana debu-debu beracun dan hujan radiasi.

Thin Ice, Young Lust, Don't Leave Me Now, Comfortably Numb dan Hey You. Oh dan Is There Anybody Out There. Dan permasalahan yang perlu ditimbulkan adalah, semua lagu ini ditujukan kepada penulis itu sendiri. Dan itu adalahnya. Dan masalahnya, dan semuanya adalah dirinya. Dan di mana, tiada sebab untuk semua orang lain diperlukan dalam permasalahan itu, kerana dirinya sendiri adalah masalah dan musuh kepada hadapannya.

Dan di bawah ini adalah sekeping photo Doraemon untuk meraikan hari ini dengan sebuah poket. :D


Together we stand, divided we fall.

Jul 16, 2012

Baca.

Aku tak tahu di mana gua yang suka membaca satu masa dahulu, dan apakah penyebab kehilangan semangat-semangat yang disebutkan itu hari ini.

aku selalu syak, ada lohong hitam berdekatan.

Major.

Tidak, kadang-kadang aku suka sebut Major menjadi Mayor.

Jul 14, 2012

Suntikan POP,

1: Aku sedang mencari sebuah suntikan surrealism untuk projek terbaru gua yang masih belum diberikan apa-apa tajuk yang tetap lagi. Setakat daripada hasil-hasil mesyuarat yang telah lalu, besar kemungkinan, projek tu akan dipanggil LN- Liberalist Neojahiliat.

2: Kalau dana untuk menguruskan projek itu dapat dikumpulkan dalam masa dua hingga tiga minggu dari sekarang, aku berani cakap, dalam masa sebelum ataupun pada pagi raya nanti, dah boleh menikmati hasil projek tersebut.

3: Aku memerlukan sumbang saran untuk projek aku nanti, dan beberapa pembantu tetap untuk membantu menyelaraskan perkembangan projek tersebut. Kalau boleh hendaklah memiliki semangat assabiah yang kurang, dan nasionalisme yang tinggi.

4: Puasa mungkin dalam masa lagi seminggu. Oleh itu gua berharap sangat semua orang dah ready nak menyambut ramadhan. Ramadhan ni bulan mulia. Tarbiyah Ramadhan harap-harap dapat dijalankan untuk mentarbiyyah hati yang sedih.

5: Sebelum aku mula mengarut dengan lebih panjang dan lebih lebar, sukacita gua ingin mengatakan projek-projek di point 1,2 dan 3 itu adalah palsu. dan tiada satu pun yang betul. Tujuan ditulis sedemikian hanyalah untuk menguji gaya penulisan baru gua. Kerana mungkin gua dah mula nak aktif semula dalam dunia bolog. Ya bolog bukan blog. sebab aku memang cool macam tu.