Jun 25, 2012

Post Title.


Sekurang-kurangnya mengambil masa 24 minit untuk gua sedar. Yang sebenarnya gua mengalami sindrom exile from existence. cewaah. eksyen bebenar bunyinya. HA HA. Tidak, maksudnya, takde pape pun, aku sengaja je nak nampak gempak.

Anyway dah almost 3 minggu cuti, Eh tak sebulan dah.

Okay, pernah nengok macam mana pelajar tingkatan empat menulis entry di dalam blog? Kalau pernah, ya ini adalah salah satu contohnya.

Dan kalau anda yakin ini adalah contohnya maka, ia adalah antara dua, gua takbur, ataupun anda yang tepat.

P/s- hidup bergantung adalah sukar, kerana kebarangkalian untuk anda kering selepas terlupa dan ditinggalkan adalah maksimu. Tapi bagusnya hidup bergantung ini, adalah. "fuck gravity"

P/s- Walau apa-apa pun, sebelum lebih terlambat, satu takziah untuk Anas Saifuddin, yang baru kerinduan akan ibunya yang telah pulang ke rahmatullah pada itu hari. Semoga roh ibunya dicucuri rahmar.

P/s- sebenarnya, perkataan yang sebenar adalah benar.

P/s- Nice Dream :)

pulang.

Gua mahu pulang. Tanah ini sudah tiada memberikan apa-apa kesan lansung kepada diri gua. Lansung. Percaya atau tidak, tanah ini sepatutnya sudah tiada. Sekurang-kurangnya dua puluh empat purnama yang lepas. Tapi siapa akan tahu?

Seharusnya, gua tidak meminta untuk pulang. Gua sepatutnya berharap, diri dan jiwa ini, tidak diganggu-lumat oleh Iblis laknat.

Update.

faham tak? Bila gua dah tak reti nak membuat sebuah karangan yang ringkas macam ni, gua akan terhasil untuk memaksa juga satu post supaya menjadi nyata. Walaupun mahluk yang bernama kekunang tu akan marah kepada aku, tapi gua tak pernah rasa sesampah seperti ini.

Normal.

Mungkin dah tiba masanya untuk aku. Kembali normal. Seperti yang selalu. Yang matanya pandang dekat-dekat dan bukan yang jauh-jauh lagi menghaibkan. Sebenarnya tiada tanah yang tetap dalam dunia itu, oleh kerana itu. Aku rasa. Aku, selalu tertukar fikiran.

Siapa yang sangka, ini adalah termasuk dalam lirik lagu hujan. Bila aku sudah tiada? Ya, kalau diikutkan ia boleh jadi sebuah pernyataan, dan juga sebuah pertanyaan. Ya, gua tak mungkin normal.

Adapun, eksistensi, nihilisi, tak perlu lagi hendak diperbincangkan. Kerana, selain daripada yang kekal mutlak, semua itu adalah baharu. Seperti gam getah chewing gum, dan karipap yang masin.