Mar 10, 2012

Debu bunga.

Kalaulah pepatah itu adalah dibina dan distabilkan melalui perhatian orang zaman dulus ecara kompleks dan mendalam, mungkin semuanya adalah tepat. Ermm macam, 'kera mendapat bunga'? Kan kan kan?

Kata Abdul kepada sidekick beliau tatkala laitseber kaler hijaunya itu rosak dipijak anai-anai semasa abdul tengah tidur enam bulan kerana penat bersilat.

Kutub utara mula musim panas hari ini, selamat tinggal salji, hello pollen. :)

Mar 5, 2012

Devotion

Tiada apa-apa di sini melainkan keluh dan kesah, peluh dan lelah yang nipis. Oh, serta batu hikmat dari parsi.

Mar 3, 2012

Seremban.

Ini adalah salah satu malam kepada malam-malam gua di seremban. Selalunya malam-malam di seremban ini warnanya gelap, macam lohong hitam. Tetapi dalam malam-malam di seremban itu, ada sahaja kadang-kadang malamnya yang berwarna bukan hitam, dan yang paling penting bukan juga putih atau biru. Pernah gua lihat malam yang merah, kuning dan paling rare sekali adalah malam yang penuh dengan piring terbang.

Tetapi ini adalah malam yang lainnya. Ramai siput babi yang bersendar di waktu ini, dan ada juga beberapa ekor nyamuk yang terbang menghampiri cuping-cuping manusia yang kepenatan di waktu malam. Tetapi, tahukah anda bahawa, nyamuk itu akan datang kepada anda jika anda membuat ataupun memimikkan bunyi kepak mereka?

Jikalau anda tidak tahu tidak mengapalah. Saya pun baru sahaja diberitahu semalam oleh seorang lajendaris. Hi hi.

Mar 1, 2012

Satu piring yang penuh rahsia.

Bagi Abdul sebuah piring terbang adalah perkara normal di kawasan perkampungannya itu. Seperti nasi di dalam kemasyarakatan melayu. ataupun Psilocybin dalam masyarakat Hippies.

Cuma di kampungnya itu, masyarakat tidak suka mencarut dan memaki, tetapi lebih gemar bercakap dengan kucing siam.