Feb 28, 2012

Takrifan angkasa bagi Delunie.

Di dalam kelabu itu ada sekeping nota untuk Grendie seorang lelaki kaukasid yang memeluk agama baldu. Di sekeliling mukanya ada cahaya dari lilin dan neon, dan tiada siapa pernah tahu jika di atasnya itu adalah 400 kaki sawang yang usianya mencapai lilitan enam ratus tiga belas tahun.

Namun di sebalik nota dan segala isi rumah itu, Delunie yakin bahawa apa yang sebenarnya dia mahukan adalah semangkuk frieskies untuknya buat bersahur, kerana esok dirinya mahu berperang dengan dua puluh tujuh kupu-kupu yang bertopi kaledar.

No comments: