Jan 18, 2012

Playground dan seumpamanya adalah sebuah tempat dan etika yang mempunyai hijau dalam setiap sudut. Hijau semula jadi, hijau pemikiran, hijau jiwa dan hijau warna.

Setiap yang wujud akan berusia, dan setiap yang berusia akan semuanya semakin kurang nilai kecuali barang kemas.

Apa yang ingin diceritakan di sini bukanlah suatu cerita yang dongeng dan berwibawa, apa yang mahu ditumpahkan di sini bukanlah hujan yang membasahkan raga. Setiap sesuatu perbuatan adakalanya tak semua perlu dipersoalkan.

Hubungan antara kepercayaan dan soalan telah mula dikaji sejak dari zaman arnab putih dikejar oleh Alice, dan semenjak dari itu semua yang berwarna normal, adalah sebenarnya plastik yang diperbuat daripada pandangan jelik yang kerdipannya tidak hilang.

Sesuatu yang bermula tak semestinya perlu mengalami keadaan tunggang langgang, setiap yang berserabut adakalanya sesuatu nikmat. Kurt Cobain dalam satu lagunya; "I miss the comfort in being sad".

Kesedihan adalah sesuatu perasaan yang indah kerana, tidak sedih bermakna tidak menjiwai. Perlu untuk melihat kepada yang lain sudut, dan perlu untuk memesongkan sikit arah pandangan agar, yang kurang cantik itu, diperhalusi, dan sebenarnya adalah cantik jika sudutnya adalah betul.

1 comment:

Anonymous said...

Tahu pun :)
Remember your own words, always :)
MLSIA