Dec 31, 2011

299,792,458 métron katholikón per 1⁄86 400 daripada purata hari solar biasa.

Di dalam kelajuan cahaya, semua yang dilihat adalah tidak semestinya sekelip. Kerana, kelajuan cahaya itu sendiri, sebenarnya adalah satu entiti gabungan daripada dua element fisika yang berlainan dimensi, i.e: sesaran, dan masa.

Bagaimana kalau seekor kucing yang terapung-apung di dahan cendawan sebenarnya adalah beberapa ekor burung yang hinggap di pelipis pemuda-pemuda berahi yang siuman sebagai sebuah pasukan penghapus objektif?

Apakah objektif cahaya itu, adalah infiniti? Kerana apa yang di lalui cahaya, adalah sebuah dendam Kohlrausch terhadap statik eletronika dan magnetik eletronik. Semuanya adalah absurd jika kita ambil sesebuah nilai sebagai infiniti, dan tiba-tiba dari infiniti, semua yang muncul adalah bunga api yang meletup di pagi hari, dan sinarnya terbatal oleh lajunya cahaya matahari.
Berjalan di dalam kabus tanpa GPS adalah suatu perkara yang normal bagi Archimedai, lebih teruk daripada itu, dia pernah menangis di waktu tengah hari, ketika bumi, yang pada masa itu, belum menganut agama Heliocentrism, kerana terlupa membawa sehelai sapu tangan untuk dibuat mengelap awak yang kusam di dada langit.

Bagi Archimedai, yang akhirnya, dia yakin, bumi yang kita semua duduki ini, sudah menganut agama Helioscentrism, tidak sukar untuk mencari cela dalam galaksi yang kecil ini. Yang perlu ada adalah sepotong minda yang sarat dengan anti-positif dan sepasang nmata yang mudah tidak senang.

Awan-awan berenang mudah di ibu kota itu, pasir-pasir ungu yang terapung di udara, menjadi suatu petanda bahawa, bumi Archimedai yang bolong itu, sudah dimasuki Alice, dari wonderland, seorang penganut agama LSD.

Mungkinkah ini tahunnya untuk mereka menjadi sober?

Dec 27, 2011

Saya tidak tahu kenapa saya tidak tahu. Dan persoalan ini adalah seperti attention seeker yang mahukan sepotong karisma dalam setiap percakapannya tetapi yang kita semua dapati adalah satu kapas yang kita semua gunakan untuk memutihkan warna.

Dec 25, 2011

Teddi tidak nakal

Di sebalik kaki kayunya yang berkelumat dengan daki kanak-kanak yang selalu bermain dengannya, di hati Teddi adalah tiada apa-apa. Kerana, Teddi adalah seekor beruang teddi yang sentiasa senyum walau apa yang berlaku ke atas eksistensisnya itu.

Tetapi selalunya semua tersilap, kerana setiap hari pada satu waktu berhampiran dengan tengah malam, terima kasih kepada sebatang kayu sakti pari-pari Tiffany Blue, Teddi mampu memberikan reaksi, dan menulis apa sahaja yang memorable kepadanya sebagai seorang beruang teddy dalam hari tersebut.

Tetapi yang sulitnya, kata Semaon Tiga Kupang, selalunya Teddi ni selalu menulis di atas sesuatu yang mudah terbang. iaitu perasaan. Itu masalahnya, sampai ke hari ini, tiada satu bentuk penulisan teddi pun yang pernah direkod oleh ahli sejarah.

Tidak hari ini, masalahnya, kerana Teddi, beliau telah berjumpa sebuah Kilang Gula, untuk dirinya seekor beruang teddy, mendapatkan sesuatu yang semua orang mahu. Iaitu, udara.

Dec 17, 2011

Woodstock: Revisited.

*satu edisi melawat semula tempat kajian selepas setahun tidak berjumpa*

Di khemah jingga ber-lace-kan kundang di bawah perdu pohon asmara di padang woodstock itu, kelihatan, ada sepotong bentuk manusia yang sedang terbaring. Energinya sudah habis, sudah lama habis, diserap-sedut oleh manusia-manusia aneh yang tak kenal penat(?)

Esoknya adalah hari yang tiada siapa tahu. Siapa tahu hari esok? Katanya jamal, mamat yang gua ceritakan di atas ni. Kalau siapa yang tahu hari esok, meh sini datang ke aku, biar aku seletkan sireh ni dekat mata dia, biar dia terus nampak cahaya. Har har.

Dec 14, 2011

Hujan

Ceria adalah sebuah awan yang putih dan tidak comot. Dalam sepanjang jangka hidupnya, hanya sekali sahaja badannya yang gebu putih itu ditimpa dengan asid dari kilang minyak, yang menyebabkan bulunya bertukar warna seperti seekor beruang teddy jantan.

Selepas tragedi itu, Ceria dipinggirkan dari gugusan-gugusan awan yang lain. Semua sudah tidak sudi untuk berkumpul dan bergabung dengan ceria, terutamanya pada waktu petang, di mana, waktu awan-awan di dada langit semangat bermain riang.

Maka selalulah ceria itu berasa gundah dan padah dek kerana tekanan emosi yang melampau. Dicubit-cubit pipinya bagi memastikan ini cuma mimpi, tetapi beliau selalu terlupa, dia hanyalah awan yang tidak mempunyai tangan. Dia ialah awan putih yang lupa asal-usul, kata Anakin dan Amendala, awan putih besar pembuli.

Ceria, namanya tetap ceria, tapi tahukah kita, di dalam hati awan itu, adakah hujan yang ceria di dalamnya?

Tumbukan Adrenalin.

Gila!
Katanya, Gila! Mana boleh macam ni, ini sudah lari dari fitrah sebuah Merigoraun. Ini adalah satu umpatan berbisa seekor kuda laut yang bulunya biru dan tidak boleh dibuat penggesek biola.

Ah, tak, aku tak gila, mungkin yang betul-betul gila adalah kucing kelabu yang menduduki perdu pokok petai di hujung kampung itu. Sungip betul aksinya.

Dec 11, 2011

Kepala Radio

Heh. Tipikal translasi inggeris ke melayu.

Efifani, efifani! Bagaimana kalau harini datang efifani kepada anda dengan muka yang sebegitu serabut tetapi berkilat, dan bernilai tinggi, sedangkan engkau sedang ketika itu, tengah menaiki basikal untuk ke awan paling rapat ke bumi.

Adakah engkau akan menghentikan kayuhan di udara tersebut, menarik nafas kekagetan, beri isyarat kepada geng di belakang anda dan seterusnya menemukan efifani tersebut kepada amygdala?

Amygdala, amygdala! Siapa dia, apa yang dia mahu, kenapa dia wujud. Mengapa amygdala? Amygdale?

Takut, marah, sedih, buta hati.

Terlampau-lampau, salahkan amygdala. Tidak, bagaimana kalau amygdala adalah sebahagian dari anda sendiri, andakah anda akan menyalahkan diri anda? Atau mungkin amygdala yang sebenarnya menemukan efifani kepada engkau bukannya engkau yang menemukan efifani kepada amygdala?

Terlampau banyak persoalan. Jawapannya, kalau ada, tak semestinya betul. Kerana rubah merah teluki yang menduduki kawasan bukit bulan sabit di bahagian palung bukit itu, mempunyai deria yang tidak boleh engkau imajinkan. kerana engkau, sebenarnya adalah, tidak ada di dalam eksistensi merah teluki rubah tersebut.

Dec 6, 2011

Rhoma Irama

Tidak kisahlah siapa itu Rhoma Irama, atau dari negara mana dia berasal, mahupun kaum apa beliau tersebut. apa yang tidak penting tetap jugak tidak penting, kerana aku mengesan bahawa aku sedang mengalami deja vu ketika menulis ini.

Deja Vu adalah kata penyedap untuk simptom orang yang normal. Tetapi tidak diketahui sejauh manakah setiap orang itu benar-benar tepat dalam mendefinasikan deja vu yang mereka hadapi itu sebagai sesuatu pengalaman yang benar-benar dipanggil deja vu.

Hakikatnya, apakah itu deja vu. Tanya Rhoma Irama, tanya Yusof Haselim, tanya sama pokok, siapa tahu, mungkin jawapan mereka akan sama, mungkin juga tidak. Maka kenapakah pokok itu tidak dijirus?

Dec 4, 2011

Ungu

Dahulu aku selalu terkeliru antara ungu dan jingga. Sebab dua warna ini namanya mempunyai huruf 'g'. (baca dulu sebagai= tadika).

Sampai sekarang pun, aku selalu terkeliru, benarkah warna pelangi itu asalnya satu, dan bukan tujuh?

Selamat Tinggal Dunia.

Kata Perinace kepada Milidon dalam nada tidak endah selamat tinggal. Kalau tidaklah aku memberitahu kepada engkau bahawa nama kita berdua ini bukanlah nama rekaan, mesti sudah ramai yang menyalah tafsirkan nama tak indah kita ini.

Ialah, aku Perinace, engkau Milidon.

Ya, kata Milidon. Kadang-kadang bahaya seperti ini yang kita cuba elak, bahaya seperti ini jugalah yang sering kita buat. Tiada kuasa, dan nampak kelemahan.

Tapi, kata Perinace, Kalau tidaklah aku memberitahu kepada engkau bahawa nama kita berdua ini adalah nama ubat, mesti sudah ramai yang menyalah tafsirkan nama tak indah kita ini.

Ialah, aku Perinace, engkau Milidon.

Ya!!!! , kata Milidon. Sebelum ditelan Aruneus seorang lelaki pening kepala.