Nov 6, 2011

Yang datang kepadanya malam itu, adalah seekor rubah berwarna biru yang jantan dan betinanya tidak dapat dikenalpasti melainkan dengan disahihkan oleh seorang doktor manis yang berambut blonde tetapi kerinting.

Rubah itu berwarna biru? Ya, kalernye biru, dan taringnya juga biru.
Yang tidak biru cuma suaranya sahaja, suka menyanyi lagu rap.

Nov 5, 2011

Dahulu gua selalu menggunakan automatism, dan setiap kali aku pergi ke satu spot di atas bukit itu, di bawah pohon ketapang yang berbuahkan api-api. Aku mendapati, bandar itu sendiri adalah satu chaos, yang datang daripada pepeluh yang mulanya infinitesimal dan kini menjadi macro, sebesar sebuah sarung tangan mitten yang dipakai Ana Molly pada musim Salju.
Hari ini tidak hujan? kata Melly rambut ikalnye itu berwarna kelabu, dipintal-pintal dengan sebelah tangan halusnya. Sebelah tangannya lagi bermain tap-tap dengan sebatang lighter.

Aku tidak tahu bagaimana untuk dicakapkan lagi. Macam ini lah Melly biar aku beritahu, di sini, hari-hari adalah cerah. Dan cerah itu sendiri adalah hujan, dan sangat jarang untuk hujan. Dan hujan itu sendiri adalah cerah. Terima kasihlah kerana bertanya.
Gua mendapati, semakin laju gua berjalan dalam kelajuan cahaya, maka makin perlahanlah kadar tangkapan mata aku.

Tak faham!

Gua sangat tak faham kenapa, kadang-kadang, ada penulis yang gemar ulang benda yang dia pernah tulis suatu masa dahulu. Kenapa?

Kalau betul pun itu falsafah yang memang anda yang buat, amboi, come on lah, benda itu tak payah diulang pun boleh sahaja kalau orang lain nengok dan terus tertangkap. Masalahnya jika tidak. Maka apa yang engkau ideakan itu, tak boleh diterima mereka. Maaflah, kalau sudah tulis di media sini, kenapa nak ditulis semula ke media lain? Copy and paste tidak mengapa mungkin.

Mungkinlah sepatutnya tak ada apa-apa hal yang besar pun. Tapi, ketawa-ketawa besar yang kamu semua sudah bikinkan dengan perkara tersebut kepada gua ni nak buat macam mana? Gua tak retilah nak ketawakan korang balik. Ha ha.

Oh, mungkinlah itu hak sendiri. Ya, hak sendiri, dan aku dekat depan komputer ni, menaip hanya untuk mendapati, aku kena biar sahaja benda ni berlaku, "hak sendiri menulis". Ohhh. :O