Oct 8, 2011

Tak mudah percaya, gua lihat langit semacam marah dengan gua. Bilik ni sudah tidak bersusun, katil-katil sudah tidak mematuhi orbit. Habuk di kipas sudah berani menunjukkan muka di hadapan mata gua.

Udara di bilik ini tak pernah segar, pagi akan berbau vanilla, petang sedikit akan berbau tar, dan malam akan berbau sesuatu yang pungent. Dan aku di satu sudut di hujung bilik ini, menulis, sesuatu yang gua tak pasti.

Pastinya, kucing itu ada jantung, kucing kalau berdua maksudnya tiada maksud. Dan kalau diperhatikan betul-betul, tiada siapa yang benar-benar pasti akan apa yang ada di sudut jauh dunia anti jirim.

Boleh jadi, di satu dimensi lain, adanya satu lagi Gua. yang gua tak boleh bersentuh dengan dia, kerana dia adalah antijirim bagi gua. Tapi agaklah mustahil :o

No comments: