Oct 8, 2011

Modus Vivendi (suatu tajuk tiada normal)


Normal adalah sebuah garisan yang berserenjang dengan sebuah dataran.
Begini, memotong cerita menjadi mudah, singkat, semua yang masuk keluar fikiran tak dapat dilihat. Dan masalahnye sekarang, mata yang mengantuk, tak mungkin cerlang.

Dan bagaimana? Gua sudah kebas. Receptor dalam otak sudah kembang. Berita sedih(baca sebagai: Syamil aka Malek, member gua telah dilaporkan meninggal dunia)

Tidak tahu untuk menulis di dalam nada simpati yang overdose, penulis berharap. Entahlah, ni kawan ni yang meninggal ni, bukan member selepak aje, bukan setakat budak bahan mengumpat je. Malek ni lagi ultra dari tu. Rekod perlawanan pes kitorang memang besar jurangnye, tapi tahap kejerawatan, pun sama jugak besar jurangnya.

Waktu tidur purata, hampir sama. Purata waktu ke sekolah juga hampir sama, taste lagu, beliau lebih cenderung kepada lagu-lagu radio kecuali (baca sebagai=kecuali) lagu-lagu Faizal Tahir.

Hm, lebih daripada itu, entah kenapa, semua orang adalah kawan dia. Tak ada musuh, tak ada orang membenci, dia terlampau cool untuk di benci, terlampau hot untuk tak dibuat member. Sigh, tak lama sangat rapat atleast, gua dapat mengesan, bahawa ramai budak-budak nak assume dia sebagai member rapat masing-masing.

:( tipu kalau gua cakap ini loss yang biasa-biasa. Kalau klcc tu besar, pemergian arwah ini adalah satu kehilangan yang besar macam burj dubai. Gua lihat dunia berputar kencang, mungkin sebab bumi berputar normal.


Nota kaki- Dia ni kaki bola. And... gambar ni gua ambik, masa tu dia baru balik plkn. Yup, terus ada trip round bp after dia balik plkn tu. :')

No comments: