Oct 8, 2011

Falls

Supremes 09'

Us and Them adalah lagu tema untuk post kali ini. Penulis sangat berbesar hati kalau pembaca dapat baca post ni sambil dengar lagu tersebut. Us and Them- Pink Floyd

Us and Them
And after all we're only ordinary men
Me, and you
God only knows it's not what we would choose to do"


Apa yang biasanya manusia awam tidak boleh mengendalikan adalah memori. Manusia lain dengan robot, dan gua, seorang manusia yang cenderung mahu menjadi robot gergasi berambut kerinting pada masa yang sama mungkin boleh.

Tak ramai yang mahu jadi askar apabila sudah dewasa, tapi semua mereka kanak-kanak awam yang normal dan tidak genius, mesti at least pernah mahu memegang senjata atau kuku atau gergaji mesin untuk menyelamatkan negara/ orang tersayang. Tetapi bagi Malek, bapanya adalah seorang Navy pencen. Dia tak pernah pun teringin nak jadi seseorang yang macam tu.

Dia terlampau cool untuk diceritakan di sini, asrama gua, pada amnya adalah kecil, tak bermaya, tetapi padat. Mengikut formula ketumpatan, isi dibahagikan dengan ruang, asrama gua adalah asrama yang paling tumpat di kawasan batu pahat.

Gua dan malek satu dorm tahun 2009. Tingkatan lima. Selain sam-sama kaki tidur, kitorang juga sama-sama kaki bangun pergi sekolah lambat tapi sembahyang subuh. Ha ha. It's hard, pada gua tak guna gua nak cerita kat sini pasal dia. Ha, tapi pada gua kadang-kadang benda macam ni kena kasi tahu juga.

Gua tak pernah expect salah-seorang daripada mamat-mamat hingusan dalam gambar di atas tak akan dapat hadir ke reunion selepas 15 tahun batch. : ( Nampaknye seorang dah konfirm tidak hadir.


Rest in piece bro. Gua tahu amalan lu banyak. Lu cool dan hebat. Walaupun banyak jerawat, gua tak pernah rasis nak tidur sebelah kau. :D Cuma gua ralat, haritu lu punye birthday gua terlupa, and kau pun tak talipon aku. Kfine. Sorry. Rehat elok-elok Lek. Nanti gua kirim doa. *sigh*

p-s: Biasalah manusia, bila dah tiada baru nak terkenang-kenang. L:

1 comment:

Anonymous said...

:')