Sep 23, 2011


Auto.

Jadi ini adalah sahibul hikayat sebuat peti sejuk yang aktif pada waktu kelam.

Sep 3, 2011

Gua sedang meneliti segala jenis tulisan yang ada dekat muka bumi ni. Gua rasa tulisan macam dalam buku Ulysess tu mantap, tapi kejadah apa gua nak menulis gaya tu. Gua ingat nak tidur kejap. Nap petang. Nanti barulah sweet.

api

Ditulisnya nota lalu dibakar. Pffttt.



I've no longer in tunes with this type of writing. -.- Sebab dah jadi tipikal semua orang. Blerghh. Kena cari sesuatu yang lain. sampai itu, kena berehat lagi dekat sini. -..- sigh

Pelik.

-....-

Kalau ada orang mintak aku join kelab ahli pelik-pelik, dengan segera gua nak memangkah. Woi kebenda pelik-pelik?

Tempayan.

Basikal itu bernama tempayan. Entah, dulu basikal itu adalah seorang pemuda tukang buat tempayan. Tetapi, pada suatu hari, tempayan yang dibuat olehnya (mari kita bagi pemuda ini satu nama yang megah, baiklah Megah) tidak mencapai kualiti yang dipinta oleh pelanggannya.

Megah sangat malu, merah padam mukanya, hujan turun pun dirasakan macam ikan senangin. Megah maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

p/s: kenapa kalau baca balik entry ni, rasa macam baca majalah ujang? Blerghhhh.

Esok

Kalau esok matahari kelabu, apa yang kita nak kena buat ya?
Tanya Kiah kepada Rona.








































































Menghadaplah matahari, legakanlah tengkuk. Buangkan rasa.





Mamat

Mamat adalah seorang pemuda yang ingin tahu. Sepupunya natasya pula, adalah seorang gadis ukraine yang pabila berkata-kata dalam bahasa melayu, aksen ukrainenya tidak pudar, dan kulitnya tetap tidak perang.

Subuh lepas, mamat pulang lewat ke rumah atuknya, yang biasanya ada dia, natasya, rafael dan beberapa ekor serigala peliharaan mendiang atuknya di rumah papan lapis itu.

Mamat terkejut, semasa dibukanya pintu, terlihat dia akan natasya yang sedang, duduk atas sofa. Dan mamat, adalah seorang pemuda yang ingin tahu.



Kenapa Fringe di alih bahasakan oleh google menjadi pinggir? Brrr.

*tajuk adalah kunci untuk kefahaman*

Dia tersangkut di dalam pinggir itu, pinggir antara normal dan plural. Pinggir di antara abadi dan ilusi. Dia tahu semua itu hanya dia dan dunianya, tapi dia tidak pernah lupa juga, hidup di pinggir-pinggir yang kecil bukannya weh apekebenda gua tulis.

-.- Berapa bulan? Lama dah.

Masa.

Semua orang akan teruja apabila Kurius, seekor harimau belang bengal naik ke atas pentas. Itu adalah masanya, kata juruatur pentas dengan nada sinis. Masa untuk apa? kata penata cahaya.

Juruatur pentas senyap, dan tangannya, maaf, jari telunjuknya menunjuk ke arah kurius yang sedang berpentas sepi.

Tapp. Kurius hilang. Semua orang ternganga, tapi semua orang sudah tahu, itu adalah masanya untuk Kurius.

"Goodbye" kata seorang anak kecil di baris kerusi yang hadapan sekali. Sambil tangannya bertepuk sebelah ke meja kopi hadapan kerusi tersebut.

Itu, adalah masa Kurius.