Jul 19, 2011

Gua mahu menulis sesuatu, maka gua menaip. Sebenarnya...

Semua perkara adalah kompleks dan jarang-jarang tidak linear. Dan perkara yang kompleks itu, adalah seperti suatu hubungan matematik, satu kepada banyak atau banyak kepada satu. Kompleks, sebenarnya, tapi boleh dijadikan linear juga sebenarnya. Cuma caranya susah.

Jul 2, 2011

oh.

Siapa sahaja yang boleh membetulkan senyuman, menjadikan masa, lama kadang-kadang, atau sekejap kadang-kadang. Membuatkan mata nampak warna yang berkualiti tinggi. Membuatkan anak mata membesar. Cakap tak tentu arah.

Siapa sahaja? =)

Jul 1, 2011

Tuah.

Arnab bertuah itu warnanya putih, dan telinganya seperti arnab-arnab biasa. Yang membuatkan arnab tersebut bertuah adalah kerana tali lehernya yang berwarna merah teluki.

Suatu hari, arnab bertuah itu dijemput hadir untuk menyertai sebuah kuiz kerukunnegaraan anjuran pemuda kampungnya, alangkah terkejutnya arnab bertuah tersebut, kerana tali lehernya yang berwarna merah teluki pudar secara tiba-tiba.

Arnab itu bertuah. Tapi telinganya macam arnab-arnab biasa. Normal.

Mea Culpa

Apa yang lebih teruk daripada teruk adalah perkataan lebih teruk itu sendiri. Kadang-kadang, kejanggalan itu sesuatu yang aneh, dan mahu dielak semua orang. Macam spaghetti yang dicampur dengan kuah masak lemak T_T