Jun 13, 2011

Surat dari Soko?

Covuse mendapat surat pagi itu. Bersetem 30sen bergambar kelapa sawit, surat itu berwarna hijau sampulnya. Covuse tersenyum lebar, dari hujung kampung hingga ke rumahnya, tak henti-henti Covuse membuka dan memakai semula kasutnya.

Itu memang tabiat Covuse kalau sahaja dia begitu sungguh sekali teruja. Tidak seperti ketika covuse sedih, di mana beliau akan mematah-matahkan gigi kacipnya, dan menyambung semula gigi depannya itu, sehinggalah dia bertemu bumbung biru rumahnya.

Tiada siapa pernah hairan dengan perangai Covuse itu, tiada seorang pun, kecuali belalang jelmaan yang selalu menemankan Covuse dalam gelap malam yang gelap. Oh, ya, nama belalang itu, Horper. Horper, belalang berbadan seperti tin sardin kecil yang berkarat, dan sesungutnya panjang seperti bulu-bulu kucing.

Tetapi, itu, di atas ini, semuanya bukanlah persoalan utama cerita ini. Cuma, hari ini (baca sebagai: pagi tadi) Covuse dapat surat!

No comments: