Jun 11, 2011

Sudin Peminat Soko yang Mimpinya Dilukis Sendiri Tapi Hilang Bila Pagi.

Sudin kuat berangan. Pernah dia berangan untuk memiliki aksen pekat seperti yang ada pada Soko. Dan ada sekali itu, dia pernah terfikir kalau-kalau dia boleh pergi ke angkasa dan melabuhkan punggungnya di Musytari yang besar.

Tetapi hari ini, nampaknya, Sudin sudah tidak mahu berangan, dia bukan tidak mahu. Cuma, apa yang dia angankan sekarang adalah apa yang dia lalui. Sudin bangun pagi-pagi semalam hanya untuk mengetahui, di biliknya ada sebuah dinding papan hitam. Ada lukisan layang-layang dan padang daripada kapur di atas dinding tersebut. Dan layang-layang itu ada anak panah, dan bernama Danny.

Sudin terpana dan, terus gosok gigi seperti biasa, pakai baju dan pergi ke sekolah. Tetapi terkejutnya beliau, bahawa emaknya yang tersayang sudah mirip seperti wajah Soko dan aksennya sudah tidak jawa lagi.

Sudin pegang erat kupon mimpi yang dikutipnya daripada bulan semalam. Katanya bulan, esok mungkin gerhana, tetapi disebabkan kau dah melawat aku dalam mimpi engkau malam ini, ambil ini. Moga-moga kau cepat sembuh dari penyakit kau sekarang, dan jangan hilangkan kupon ini.

No comments: