Jun 30, 2011

Rosak

Blogger ni kenapa rosak? Kenapa tetiba rasa macam boleh post sahaja ini? kenapa?

Skeptisisme dalam Hal Ehwal Muzik

Benda-benda macam ni biasanya gua tak ambil port sangat, tapi disebabkan gua dah lama sangat bercuti, dan sangat jarang menggunakan reasoning dan logik dalam pemikiran maka gua terpaksa tune balik diri gua ni supaya boleh berfikir, reasoning, dan apa-apa juga teknik berfikir, supaya lincah mudah-mudahannya otak gua ni nanti.

Tiada dogma di dalam dunia muzik, sebenarnya. Yang ada mungkinlah hanya genre-genre yang berlainan rentak, frekuensi dan bahasa lirik. Tetapi itu, tidak boleh disamakan dengan agama di dalam dunia muzik. Genre, fungsi sebenarnya hanyalah dicipta bertujuan untuk mengkelaskan irama muzik dan membezakan irama-irama tersebut agar mudah dikenali, seperti sebuah kumpulan manusia yang diberi-beri nama, seperti kaum atau masyarakat. Untuk kemudahan.

Adalah sangat melampau sebenarnya untuk memburuk-burukkan sesuatu genre itu, dan diperbanding-bandingkan antara satu genre dengan genre yang lain. Hal ini samalah seperti rasisme, sangat bermasalah, dan merupakan satu jenayah yang tinggi. Kalau nak diikutkan, manusia yang tulen tidak akan melakukan rasisme, masalahnya adalah begini; kadang-kadang memang ada sahaja genre yang tidak boleh ditelan oleh anak telinga segelintir dari kita, atau mungkin, iramanya dianggap sebagai sangat huduh dan tiada art.

Adakah itu sebenarnya merupakan satu rasisme terhadap genre muzik, walhal, genre itu sendiri sebenarnya sudah tidak boleh dikategorikan sebagai muzik? Atau mungkin, manusia semakin maju, dan akhirnya, semua muzik-muzik yang berkualiti iramanya nanti akan terpengaruh oleh persekitaran yang kononnya makin maju ini? Akhirnya wujudlah genre-genre aneh-aneh dan sungguh tidak 'human-like' lagi? Aneh ya, sangat aneh.

Jun 28, 2011

Biasanya

Biasanya aku akan mengambil set parameter sekeliling yang paling hampir dengan aku untuk ditransmutasikan menjadi bahan dalam apa-apa juga buah fikiran. Tapi kadang-kadang ada ketidakyakinan bahawa, setiap apa yang dilihat itu bukan seperti apa yang dibolehkan untuk diketahui tentang perihalnya.

Le' automatism, le'cuti nak habisle.

Jun 24, 2011

:)

The best was yesterday yesterday. :DD

Jun 15, 2011

Mampir

Kek keju yang di atas meja itu, datang kepadanya, bersua muka, bersalam, dan lari dari dia dengan kelajuan maha hebat.

Dia bukan tidak mahu kisah, kadang-kadang, kek keju itu sendiri yang takut pada ekosistem yang korup dan takbur, stok-stok takbur-takbur hedonis.

Butterheart.

Manusia berkumis katanya, mempunyai hati mentega. Dia tidak percaya, maka dibukanya lagu-lagu Zee Avi setiap kali dia merasa sangsi. Dan kalau-kalau setiap kali dia merasa tiba-tiba tidak keruan, dia menyanyikan lagu itu juga.

Zee Avi tahu? Lirik dia je dah best dah, katanya. (nya= dia yang mempercayai manusia berkumis mempunyai hati mentega).

Jun 14, 2011

Soooo

This is not about Soko the artist or whatsoever that I've been used to mumble for these few days.

I'm sorry for today, I'm just, okay sorry. My fault. Super sorry maybe. ;)

Jun 13, 2011

Surat dari Soko?

Covuse mendapat surat pagi itu. Bersetem 30sen bergambar kelapa sawit, surat itu berwarna hijau sampulnya. Covuse tersenyum lebar, dari hujung kampung hingga ke rumahnya, tak henti-henti Covuse membuka dan memakai semula kasutnya.

Itu memang tabiat Covuse kalau sahaja dia begitu sungguh sekali teruja. Tidak seperti ketika covuse sedih, di mana beliau akan mematah-matahkan gigi kacipnya, dan menyambung semula gigi depannya itu, sehinggalah dia bertemu bumbung biru rumahnya.

Tiada siapa pernah hairan dengan perangai Covuse itu, tiada seorang pun, kecuali belalang jelmaan yang selalu menemankan Covuse dalam gelap malam yang gelap. Oh, ya, nama belalang itu, Horper. Horper, belalang berbadan seperti tin sardin kecil yang berkarat, dan sesungutnya panjang seperti bulu-bulu kucing.

Tetapi, itu, di atas ini, semuanya bukanlah persoalan utama cerita ini. Cuma, hari ini (baca sebagai: pagi tadi) Covuse dapat surat!

Jun 12, 2011

Kadang dah pukul empat, tak tau pukul berapa

Mahu lari dari sini, jari sedang terbakar, garisan halus dari sempadan minda normalnya memudar dan semakin lama semakin halus meruncing dan poof! Hilang seperti yang selalu dan sudah diagaknya. Dia khuatir dia hilang sendiri dalam bayang.

Taknak taknak taknak. Jangan hilang, jangan lari. Macam semalam, dan dua harinya, sangat susah, dan tidak tenang. Seperti anxiety dan bukan paranoia. Nasiblah.

Yeah!

Kopi rebus yang dibuatnya tadi memutih sekarang. Wap-wap panas berwarna hijau dari kopi rebusnya tadi sudah hilang ditelan stratosphera. Dia tidak menyangka semua ini akan berlaku, seperti sekarang? Kenapa sekarang tanyanya kepada dinding. Dinding diam, malas nak melayan.

Terlampau pantas, getusnya. Terlampau pantas hamster di rumahnya itu untuk berlari dalam trek circular dalam sangkar itu. Matanya tidak mengantuk lagi, dan hamster itu menyeringai ke wajahnya, malas nak melayan.

Matanya berpinar, hujung alam dilihatnya di tengah. Pangkal alam menjadi sebaris dengan garisan-garisan lokal senyuman Soko. Dia tidak mahu seperti ini, tetapi dia tidak tahu, dia suka keadaan ini. Biarlah, katanya kepada kasut vans. Kasut vans tersipu, malas nak melayan.

Kopi rebusnya tertumpah ke awan, menggariskan corak hitam ke awan hidupnya hari itu. awan menjadi mendung, sayu, lalu hampir-hampir sahaj tertumpah ke dalam hidangan sarapannya tengah hari itu. Dia terdiam, malas nak melayan.

I love this feeling when I go automatic dan kononnye bestlah apa yang sendiri tulis ni. ha ha.

Hauser, ukelele yang tidak boleh bercakap, tetapi berfrekuensi tinggi. =)

Hauser, sebuah ukelele yang riang, bertali empat dan berbadan jingga tidak pernah merungut sepanjang hidupnya, walaupun dia...

Hauser telah disumpah oleh Margarita, seorang penyihir tua yang bodek dan angkuh. Hauser boleh dimainkan oleh semua orang untuk semua lagu, kecuali satu lagu...

Hauser mulanya, adalah ukelele yang riang dan tetap riang walaupun dikenakan sumpahan yang seperti itu. Badannya yang bertali empat, comel, kecik dan berfrekuensi tinggi. Dan dia akan diraba kejam, sebelum boleh mengeluarkan bunyi frekuensi tinggi itu. Tetapi dia bukanlah...

Pada suatu hari, dia telah bertukar tuan. Tuan barunya ini adalah seorang budak lelaki yang berseluar pendek, stoking tinggi, berkot british dan bertopi kecil berwarna hitam. Tom namanya. Tuan barunya ini, sangat aneh, dan ingin sangat memainkan lagu yang tidak boleh dimainkan dengan hauser tersebut. Lagunya ialah...

Hauser sudah tidak ingat lagu apakah yang beliau tidak mampu untuk dimainkan. Mestilah, sudah dua puluh tiga tahun dia tiada berjumpa Margarita, Si perempuan sihir bodek itu. Tetapi apa yang Hauser tahu, kalaulah sahaja, dimainkan oleh tuannya lagu tersebut Hauser akan reput tulang. Talinya akan terburai. badan jingganya akan melarut, dan matahari tidak akan lagi mahu menjumpai Hauser. Semua orang akan memandang Hauser dengan satu pandangan yang berkelumit disdain.

Untuk itu, Hauser tidak mahu kerana esok sudah hari Ahad. Dan Hauser takut. Dia tiada self-confidence yang tinggi. Dia memandang orang lain sebagai lebih superior dari beliau. Dia takut dengan kondisi yang macam ini. Tidak tahu dan entah-entah.

Tetapi hauser tahu, Uncertainty yang macam ini, baginya adalah karut. Sebab dia adalah, Hauser. Hauser the Ukelele. Satu legend yang tak pernah diberitahu. Tak pernah dihargai. Priceless orang putih kabor.

Semenjak Mendengar Soko ni Amboiii.

Dunia sedang terbalik upside-down masa Soko selesai dari tidur petangnya malam itu. Soko termenung, dan sebaik itu sahaja, ada satu wallpost datang kepadanya, termenung juga. Soko menjadik malu, dan malu sehingga dia tertempel ke dinding biliknya yang terapung dan berbentuk piramid. Khas untuk soko, bilik itu, dari Unclenya, seorang petani.

Wallpost itu datang juga kepada Soko. Tetap, termenung bersama Soko. Soko mahu menanyakan kepada wallpost itu sesuatu, tetapi dihalang keras oleh sebatang tangan dari luar tingkap bilik itu.

Kata tangan itu, jangan cakap Soko! Tolonglah, suara engkau sedap sangat Soko sampai wallpost itu mungkin lari dari engkau mendengar kau.

Soko terdiam, dan esoknya dia sedar, wallpost itu telah berganti dengan satu bukaan pintu bilik, oleh wallpost yang lebih comel.

Soko malu, dan mendengus kalaulah dia tegur sahaja wallpost itu semalam. Sigh.

Jun 11, 2011

Sudin Peminat Soko yang Mimpinya Dilukis Sendiri Tapi Hilang Bila Pagi.

Sudin kuat berangan. Pernah dia berangan untuk memiliki aksen pekat seperti yang ada pada Soko. Dan ada sekali itu, dia pernah terfikir kalau-kalau dia boleh pergi ke angkasa dan melabuhkan punggungnya di Musytari yang besar.

Tetapi hari ini, nampaknya, Sudin sudah tidak mahu berangan, dia bukan tidak mahu. Cuma, apa yang dia angankan sekarang adalah apa yang dia lalui. Sudin bangun pagi-pagi semalam hanya untuk mengetahui, di biliknya ada sebuah dinding papan hitam. Ada lukisan layang-layang dan padang daripada kapur di atas dinding tersebut. Dan layang-layang itu ada anak panah, dan bernama Danny.

Sudin terpana dan, terus gosok gigi seperti biasa, pakai baju dan pergi ke sekolah. Tetapi terkejutnya beliau, bahawa emaknya yang tersayang sudah mirip seperti wajah Soko dan aksennya sudah tidak jawa lagi.

Sudin pegang erat kupon mimpi yang dikutipnya daripada bulan semalam. Katanya bulan, esok mungkin gerhana, tetapi disebabkan kau dah melawat aku dalam mimpi engkau malam ini, ambil ini. Moga-moga kau cepat sembuh dari penyakit kau sekarang, dan jangan hilangkan kupon ini.

Abdul Dan Dinding Papan Hitam.

Tajuk ini memang aku sengaja letak dahulu, kononnya bila sudah ada tajuk baru tahu apa untuk ditulis. Untuk itu, aku tersilap. Dan normalnya, aku memang selalu menyilap, dan kesilapan pada aku adalah perkara biasa. Cuma, biasalah, selalu tersilap: sendiri silap, juga boleh menghasilkan satu rasa ingin tidak buat silap.

Tapi kesian Abdul, dari tadi dia sudah menunggu di sudut bilik tidurnya yang dipenuhi cahaya malap lampu ikea chrome yang dipusaka dari senior kepada super seniornya. Ya, dia menunggu untuk aku masukkan dia ke dalam post ini. Dia itu, dia dan dunianya, dengan biliknya yang tidak diterangi.

Abdul perlu tidur awal malam itu, tetapi entah bagaimana, marjerin yang berbaki di atas mejanya berhasil untuk mengganggu fokus tidurnya. Apakah semut akan datang dan mengangkat marjerin itu, atai pagi esoknya akan datang dengan matahari, lalu marjerin itu akan mencair dan hilang terserap ke dalam lantai biliknya? Itu bagi Abdul, satu penyeksaan.

Esok paginya abdul bangun dan di tangannya adalah sebuah bateri Eveready yang ada kucing dalam logo.

Jun 4, 2011

Pembacaan semula

Selalu apa yang disuggestkan dua tiga minggu yang lepas dalam blog ini adalah pembacaan semula. Tapi kenapa dengan pembacaan semula? Sesuatu yang dibaca semula, biasanya mungkin ada menghasilkan efifani yang baru, yang lebih lain dan tidak seperti yang kita pernah faham melalui pembacaan sebelum ini.

Dan ini adalah benar untuk setiap acara pembacaan. Misalnya orang yang membaca buku teks pada kali pertama takkan sama dengan mereka apabila mereka membacanya semula pada kali yang ketiga mahupun ke empat.

Dan untuk itu, kalau lompat, dan lompat dan lompat tetapi selalu jatuh. Bangun semula dan jatuhlah lagi. Sebab jatuh kali pertama tak sama dengan yang kedua, tak sama dengan jatuh kali ketiga. Itu, adalah subjektif yang dihormatkan kepada perspektif masing-masing. Itu adalah, asas.