May 7, 2011

On The Way.

Gua tak pernah sambut hari Ibu. Bukan sebab gua bukanlah mak-mak orang, atau pun sebab gua tak panggil mak gua ibu(ya, gua panggil ibu gua mak).

Sebabnya, gua tak pernah nak ada feeling menyambutnya. Entahlah, tapi tadi gua telefon mak gua dalam beberapa minit sudahla. Biarlah gua tak ucap apa-apa pun. Yang penting, pada minda kosong gua ni, mak gua tahu gua sapa, dan gua tahu mak gua sapa.

Tapi entahlah, malam-malam(baca sebagai: pagi Sabtu buta) gua tetibe berhajat nak tulis yang ini. Maksud gua yang atas ni. Mungkin sebab gua dah makin tua agaknya, maka sebab itu gua tulis yang macam ini, yang macam atas ini.

Ya, kenapa selama ni, gua tak pernah tahu pun apa gaya gua nak menyambut hari mak ni? Hari jadik ahli keluarga gua pun kadang-kadang gua ucap direct je, takde nak bagi barang apa-apa. Kalau ada pun yang aku bagi, mungkin dua tiga empat kali das senyuman campur buat-buat baik, macam: kemas bilik sendiri, kemas bilik tuan punya hari jadik, dan sebagainya.

Ha ha, bila fikir-fikir balik pun, kalau ada hari-hari jadi dalam ahli keluarga gua, biasanya gua patahkan balik semula dekat mak gua. (Ye lah, hari jadi ni okay fine, hari jadi gua literalkan maksudnya sebagai hari lahir. okay?) Ha ah, sebab ape-apehal pun yang lahir dalam keluarga gua, mestilah mak gua yang lahirkan.

Mungkin sebab ini tradisi famili gua. Tak ada apa-apa yang berlaku, tapi gua tahu apa yang sebenarnya. Itu yang penting, sebabnya, kalau gua tak tahu apa yang aku sedang buat, maka gua seorang poser besaaar. Besar yang amat.

Dan gua tiba-tiba teringat, khatib tadi ada kabor. Katanya, "tidak seperti di barat, kaum-kaum ibu lebih rapat dengan kucing dan anjing peliharaan mereka sendiri daripada anak-anak mereka". Ya dan itu memberi kesan kepada gua sedikit sebanyak. Ya, tak sikit, sebenarnya. Banyak.

Kadang-kadang, tak perlu beritahu apa-apa pun. :)
Tenkiu!

2 comments:

Ane Azman said...

best betul entri ni bro

Anonymous said...

Hari ni hari jadi abah.