May 3, 2011

Nihilism Selasa.

Gua tak mahu nampak macam tamak satu hari sampai limabelas enambelas post. Jadi gua schedulekan.

Dean seorang yang memandang sesuatu bukan daripada lahiriahnya, mahupun asal dalamnya. Seumpamanya, dia tidak pernah langsung melihat sesuatu subjek itu sebagai sesuatu yang benar-benar wujud, dan benar-benar langsung mengesan atas dirinya.

Tetapi yang anehnya. Itulah, kalau benar dia melihat dan membatasi setiap objek dan subjek itu sebagai sesuatu yang insignifikan, kenapa pula. Dia, harus melenting apabila setiap masanya rakan-rakan beliau mengatakan bahawa Dean ini seorang nihilist yang poser?

Maka sah bukan, dia adalah seorang yang mereka-reka cerita sesuatu yang dia sendiri tidak boleh mengawal.

Akhirnya, ada dua untuk Dean, sama ada dia terus menerus memandang segala objek dan subjek sebagai sesuatu yang insignifikan, atau dia terus hilang dalam kabut kotak permainan fikiran dirinya sendiri. tengoklah nanti, kasihan dirinya, Nihilist yang tidak mahu mengaku penyakitnya apa.

No comments: