May 4, 2011

Nihilism Rabu

Gua tak mahu nampak macam tamak satu hari sampai limabelas enambelas post. Jadi gua schedulekan.


Kalau sesuatu sistem itu perlu diumpamakan sebagai sebuah dinding. Tidakkah kamu semua sedar, yang kamu semua ini adalah sebahagian daripada sistem?

Dan, kamu semua, kalau diumpamakan, adalah seperti mana-mana batu yang mendirikan dinding tersebut. Semua sama, jangan bimbang.

Tetapi kenapa masih tak mahu mempercayai adanya, dinding, yang orang-orang lain adalah konstituen mendirikan dinding tersebut?

Maka untuk itu, sila bimbang, kerana, kamu semua, kalau diumpamakan. Adalah seperti mana-mana batu dalam dinding sistem tersebut.

No comments: