May 6, 2011

Nihilism Jumaat

Gua tak mahu nampak macam tamak satu hari sampai limabelas enambelas post. Jadi gua schedulekan.

Di sudut jauh, Syd sedang berlari-lari dari hujung padang sana, daripada bahagian gol yang diperbuat dari kayu yang seperti cliche, usang dan tidak berjaring di hujung padang.

Dia berlari dari hujung padang sana, berlari-lari.

Di sudut jauh, Syd sedang berhenti kepenatan, dia dekat dengan aku. Nafasnya turun naik, turun naik, kencang. Itu, aku terkejut. Mulutnya terbuka, dan seperti mahu bercakap. Tapi apa yang aku dengar?

Dia membuka mulut sesusah payah, tetap senyap.

Di sudut dekat, Syd bukanlah Syd. Syd hilang dirinya sendiri. Dari sudut yang jauh lebih dekat, Syd ini, bukan Syd! Siapakah Syd ini, atau ke manakah Syd telah pergi?

Dia membuat gaya seperti Syd, tapi bukan Syd.

Dan seterusnya. Syd yang bukan Syd itu hilang, kerana katanya, selagi dia bukan Syd yang betul biarlah dia di perbodoh dan tidak dipandang orang lain. Biarlah dia hidup dalam para sosialis yang Nihilist.

No comments: