May 7, 2011

Menyuntik Pop.

Fender Stratocaster tiap malam menunggu di berandah rumahnya, menunggu sesuatu yang dia pasti akan datang kepadanya, kalau tidak malam itu, malam esoknya. Setiap kali dia menunggu itu, setiap kali itu jugalah tali nickel saiz sedang di badannya, bergetar kesejukan.

Apa yang ditunggu Fender Strats itu bukanlah sesuatu yang dia tahu sebenar-benarnya. Kerana apa yang dia tahu, dia tidak tahu apa-apa, kerana memori yang dia ada padanya, adalah bunyian dari dirinya sendiri yang paling mantap pernah dia capai dahulu.

Otaknya? dia tidak ada otak, kalau adapun padanya otak itu, hanyalah beberapa gegelung magnetik dan sepasang gadjet 'humbucker', yang tak boleh pun menyimpan apa-apa memori berbentuk visual. Tapi itulah, memori bunyian tiada masalah.

Ya, dia menunggu jari-jari runcing untuk mengusap badannya, agar dia berfungsi, seperti dari mana mata seorang functionalist mahukan.

No comments: