May 29, 2011

No, nama orang. Nama dia No. Suka hari lah hati apa dia nak pergi sekolah. Nama dia No, kalau panggil dia yes. Kau takkan pernah panggil dia pun. sebabtu nama dia No.

May 28, 2011

Lama

Ia macam tak ada beza. Kalau dulu ada Malek, sekarang ada jugak Maleknya. Dia tak lari. Gua okay dengan itu. Kalau dulu ada Malek, sekarang ada jugak yang lain. Tak sama macam Malek, lain, tapi lebih baru.

Ni dia.

May 19, 2011

Tahu

Gua seorang narcissist yang sangat kagum dengan diri sendiri. Itu, adalah fakta. Oleh itu, meh gua tunjukkan gua yang dahulu, yang gua rasa lagi power dari gua sekarang. (maksud gua post gua yang dahulu)

Cerita Rakyat

Saidkick
Hippies Konon

p/s- Ada berunsur cilaka jugak gua ni asik repost benda-benda lama je. Tapi apa ada hal, gua narcissist kan? perlulah kagum dengan diri sendiri.

May 15, 2011

Jaga

Sanusi seperti budak-budak tipikal umurnya, dia selalu banyak sahaja bercakap. Tapi itu bukan masalahnya. Kalau sahaja semua orang mahu duduk sebentar, dengar apa katanya sanusi, dan memberi sedikit respon, sanusi takkan begini. Kini sanusi semakin misteri, dalam mindanya adalah kegelapan, katanya lebih baik dia termansuh daripada semua orang tidak mengendahkan dirinya,

ha ha

gua sangat desperate nak online sampai kena pinjam telefon jidin. Huh, itu pun belum boleh kira kesian lagi

i Like Typing

So let me. Just now. aaaaaaaaaaaa. I don't know. There's too much of everything i've been missing this days. I've been missing you, the internet, the old myself, the old everything. but aaaaaaaaaa. Dont do this. Please, at least some pity in me. aaaaaaaA

May 11, 2011

Tegak

Apa yang lebih direct daripada sesuatu yang tidak direct?

Pembaris?

Pita ukur?

Protractor?

Jangan harap ada benda yang lurus dekat dunia ini, kerana dunia(bumi) ini bulat.

Jangan harap? Haraplah, takde masalah bukan?

Make Sense

What senses that doesn't actually make senses, but in fact make senses even greater than the other sense that actually make senses?
Make it senses then, the sense.


May 8, 2011

Selamat

Rasa yang paling selamat, tetapi tak mantap adalah, bila kau menulis sesuatu yang kelihatan sukar untuk difahami, walhal maksudnya dekat dan mudah, akan tetapi tiada siapa yang dapat cuba untuk tangkap apa yang engkau cuba memberikan kefahaman.

Selamat, ya dari satu aspek. Selamat, engkau tidak perlu runsing apa yang engkau sudah tuliskan itu, kerana mereka tidak tahu maksud mudahnya. Tak mantap, dari satu aspek, engkau rasa mereka-mereka sepatutnya boleh mendapat membaca apa yang kau mahu sampaikan, tetapi tidak.

Atau mungkin, subliminal message? Ha ha, cariklah sendiri. :P

Biasanya rasa tidak mantap, dan selamat ini, bertindan sesama sendiri, dan membatalkan efek antara satu sama lain, dengan bersih dan tanpa kesan. Oleh itu, bolehlah kau terus dengan hidup di dunia ini, sebagai hamba yang taat. Cewaaah. :D

p/s- playstation
p/s2- Playstation 2.
p/s3- Playstation 3.

Sahaja

Kata Kurt Cobain, -
"He’s the one
Who likes all our pretty songs
And he likes to sing along
And he likes to shoot his gun
But he knows not what it means
Knows not what it means
when I say".

Ha ha, okay takde apa apa. Saje je.

Kipas.

Seperti hari-hari biasa yang lain, pukul sebelas tadi baru aku dapat membangunkan diri gua. Dan seperti hari-hari biasa yang lain, secepat itu jugaklah gua bergegas ke laptop nak online.

Biasanya kipas syiling dengki sama gua, dia selalu bikin gua menggigil, padahal dah pukul sebelas.

May 7, 2011

Menyuntik Pop.

Fender Stratocaster tiap malam menunggu di berandah rumahnya, menunggu sesuatu yang dia pasti akan datang kepadanya, kalau tidak malam itu, malam esoknya. Setiap kali dia menunggu itu, setiap kali itu jugalah tali nickel saiz sedang di badannya, bergetar kesejukan.

Apa yang ditunggu Fender Strats itu bukanlah sesuatu yang dia tahu sebenar-benarnya. Kerana apa yang dia tahu, dia tidak tahu apa-apa, kerana memori yang dia ada padanya, adalah bunyian dari dirinya sendiri yang paling mantap pernah dia capai dahulu.

Otaknya? dia tidak ada otak, kalau adapun padanya otak itu, hanyalah beberapa gegelung magnetik dan sepasang gadjet 'humbucker', yang tak boleh pun menyimpan apa-apa memori berbentuk visual. Tapi itulah, memori bunyian tiada masalah.

Ya, dia menunggu jari-jari runcing untuk mengusap badannya, agar dia berfungsi, seperti dari mana mata seorang functionalist mahukan.

On The Way.

Gua tak pernah sambut hari Ibu. Bukan sebab gua bukanlah mak-mak orang, atau pun sebab gua tak panggil mak gua ibu(ya, gua panggil ibu gua mak).

Sebabnya, gua tak pernah nak ada feeling menyambutnya. Entahlah, tapi tadi gua telefon mak gua dalam beberapa minit sudahla. Biarlah gua tak ucap apa-apa pun. Yang penting, pada minda kosong gua ni, mak gua tahu gua sapa, dan gua tahu mak gua sapa.

Tapi entahlah, malam-malam(baca sebagai: pagi Sabtu buta) gua tetibe berhajat nak tulis yang ini. Maksud gua yang atas ni. Mungkin sebab gua dah makin tua agaknya, maka sebab itu gua tulis yang macam ini, yang macam atas ini.

Ya, kenapa selama ni, gua tak pernah tahu pun apa gaya gua nak menyambut hari mak ni? Hari jadik ahli keluarga gua pun kadang-kadang gua ucap direct je, takde nak bagi barang apa-apa. Kalau ada pun yang aku bagi, mungkin dua tiga empat kali das senyuman campur buat-buat baik, macam: kemas bilik sendiri, kemas bilik tuan punya hari jadik, dan sebagainya.

Ha ha, bila fikir-fikir balik pun, kalau ada hari-hari jadi dalam ahli keluarga gua, biasanya gua patahkan balik semula dekat mak gua. (Ye lah, hari jadi ni okay fine, hari jadi gua literalkan maksudnya sebagai hari lahir. okay?) Ha ah, sebab ape-apehal pun yang lahir dalam keluarga gua, mestilah mak gua yang lahirkan.

Mungkin sebab ini tradisi famili gua. Tak ada apa-apa yang berlaku, tapi gua tahu apa yang sebenarnya. Itu yang penting, sebabnya, kalau gua tak tahu apa yang aku sedang buat, maka gua seorang poser besaaar. Besar yang amat.

Dan gua tiba-tiba teringat, khatib tadi ada kabor. Katanya, "tidak seperti di barat, kaum-kaum ibu lebih rapat dengan kucing dan anjing peliharaan mereka sendiri daripada anak-anak mereka". Ya dan itu memberi kesan kepada gua sedikit sebanyak. Ya, tak sikit, sebenarnya. Banyak.

Kadang-kadang, tak perlu beritahu apa-apa pun. :)
Tenkiu!

May 6, 2011

Nihilism Jumaat

Gua tak mahu nampak macam tamak satu hari sampai limabelas enambelas post. Jadi gua schedulekan.

Di sudut jauh, Syd sedang berlari-lari dari hujung padang sana, daripada bahagian gol yang diperbuat dari kayu yang seperti cliche, usang dan tidak berjaring di hujung padang.

Dia berlari dari hujung padang sana, berlari-lari.

Di sudut jauh, Syd sedang berhenti kepenatan, dia dekat dengan aku. Nafasnya turun naik, turun naik, kencang. Itu, aku terkejut. Mulutnya terbuka, dan seperti mahu bercakap. Tapi apa yang aku dengar?

Dia membuka mulut sesusah payah, tetap senyap.

Di sudut dekat, Syd bukanlah Syd. Syd hilang dirinya sendiri. Dari sudut yang jauh lebih dekat, Syd ini, bukan Syd! Siapakah Syd ini, atau ke manakah Syd telah pergi?

Dia membuat gaya seperti Syd, tapi bukan Syd.

Dan seterusnya. Syd yang bukan Syd itu hilang, kerana katanya, selagi dia bukan Syd yang betul biarlah dia di perbodoh dan tidak dipandang orang lain. Biarlah dia hidup dalam para sosialis yang Nihilist.

May 5, 2011

Pintu.

Eh, kasik repost benda-benda lama yang pernah gua tulis sedap jugak ni.

Ha ini;
1.618
Tukar Tajuk.

Ok, takde motif. Sahaja-sahaja sahaja.

Nihilism Khamis

Gua tak mahu nampak macam tamak satu hari sampai limabelas enambelas post. Jadi gua schedulekan.


You can do everything you want, but can't you think that you're not supposed to do everything you want?

What am I thinking you ask, is the same as what does you think, I'm asking.

So what does that mean? Doesn't we just another brick in the wall?
Well, wish you were here. Just how I wish you were here.

May 4, 2011

Nihilism Rabu

Gua tak mahu nampak macam tamak satu hari sampai limabelas enambelas post. Jadi gua schedulekan.


Kalau sesuatu sistem itu perlu diumpamakan sebagai sebuah dinding. Tidakkah kamu semua sedar, yang kamu semua ini adalah sebahagian daripada sistem?

Dan, kamu semua, kalau diumpamakan, adalah seperti mana-mana batu yang mendirikan dinding tersebut. Semua sama, jangan bimbang.

Tetapi kenapa masih tak mahu mempercayai adanya, dinding, yang orang-orang lain adalah konstituen mendirikan dinding tersebut?

Maka untuk itu, sila bimbang, kerana, kamu semua, kalau diumpamakan. Adalah seperti mana-mana batu dalam dinding sistem tersebut.

May 3, 2011

Nihilism Selasa.

Gua tak mahu nampak macam tamak satu hari sampai limabelas enambelas post. Jadi gua schedulekan.

Dean seorang yang memandang sesuatu bukan daripada lahiriahnya, mahupun asal dalamnya. Seumpamanya, dia tidak pernah langsung melihat sesuatu subjek itu sebagai sesuatu yang benar-benar wujud, dan benar-benar langsung mengesan atas dirinya.

Tetapi yang anehnya. Itulah, kalau benar dia melihat dan membatasi setiap objek dan subjek itu sebagai sesuatu yang insignifikan, kenapa pula. Dia, harus melenting apabila setiap masanya rakan-rakan beliau mengatakan bahawa Dean ini seorang nihilist yang poser?

Maka sah bukan, dia adalah seorang yang mereka-reka cerita sesuatu yang dia sendiri tidak boleh mengawal.

Akhirnya, ada dua untuk Dean, sama ada dia terus menerus memandang segala objek dan subjek sebagai sesuatu yang insignifikan, atau dia terus hilang dalam kabut kotak permainan fikiran dirinya sendiri. tengoklah nanti, kasihan dirinya, Nihilist yang tidak mahu mengaku penyakitnya apa.

May 2, 2011

Nihilism

Ini adalah pertama kali aku balik rumah dan tidak menulis post untuk blog. Terima kasih semua, terima kasih dunia, terima kasih segalanya. Selamat. Selamat dan selamatlah!

Buatlah macam mana pun. Buat, sampai selamat, sampai sekian terima kasih? Buatlah,

Sekian terima kasih.