Apr 10, 2011

Waif Me

Spirulina adalah seekor beruang tedi yang kanan matanya adalah sebuah pangkah. Dan kaki kirinya adalah sebatang kayu cengal yang berhiaskan daki-daki bekas tangan kanak-kanan.

Spirulina sepertimana seekor beruang tedi yang lain, rutin hariannya adalah membiarkan apa sahaja eksistensi-eksistensi daripada luar dirinya untuk bertindak kepadanya. Tak kiralah Spirulina itu rela atau tidak pada saat tindakan kepadanya bertindak.

Satu hari, Spirulina didatangani efifani(Kesedaran Tertiba), dalam bentuk yang kita semua tak sangka-sangka. Selepas efifani itu datang, Spirulina masih sama seperti diri dia yang dahulu, dia tidak boleh berubah, kerana katanya, dia bukan seperti manusia siuman yang lain, yang ada kebebasan untuk berubah(freewill) katanyalah.

Tapi aku perasan pagi tadi, Spirulina senyap-senyap menyanyikan lagu Nirvana satu persatu sehinggalah azan zuhur bertalun.

Mungkin esok Spirulina berubah, siapa sahaja yang nak memberikannya Freewill itu?

1 comment:

Anonymous said...

Spirulina tu manis.