Apr 2, 2011

Kuala Phoney

Coversyl adalah seorang budak lelaki yang, tak pernah percaya kepada ; Zeus, kucing ada sembilan nyawa, dan sesetengah manusia boleh bertukar menjadi harimau.

Tetapi di hujung tingkap biliknya, dia selalu tertanya. Adakah bintang yang bersinar terang dan kini malap itu sudah mati sebenarnya? Atau kalau ianya hidup, adakah berbaloi untuk ditunggu nyalaan terang bintang tersebut semula?

Tapi ia adalah mitos untuk mempercayai bahawa bintang yang telah mati itu boleh hidup kembali. Jangan risau. Bulan kan ada, setiap malam, dan kitarannya setiap bulan. Lebih dekat, dari bintang itu dan lebih terang pastinya.

No comments: