Apr 2, 2011

Kepenggunaan.

Berbicara pasal gas, ada dua; Real Gas, dan juga Ideal Gas. Di mana Ideal Gas ini adalah sebenarnya angan-angan beberapa orang yang memiliki ilmu penaakulan yang tinggi.

Dan keyakinan yang penuh bahawa mereka jarang salah dalam meramalkan aktiviti gas.

Sementara Real Gas pula adalah apa yang sebenar-benarnya terjadi kepada setiap aktiviti gas-gas yang berjisim di muka bumi tuhan.

Yang kadang-kadangnya sangat menghampakan dan jauh lari daripada angan-angan Ideal Gas tadi.

Begitu juga macam kehidupan, mungkin. Ada Ideal Life, dan Real Life.



Kehebatan anda akan melanda sekiranya, dalam teks ini. Anda mampu untuk swap dua perkataan sesama sendiri,. Tapi jangan gelojoh, dua perkataan sahaja kot.

No comments: