Apr 10, 2011

Ini yang gua panggil eksyen, gempak, bongkak, angkuh, takbur, kepala talam dan berbagai-bagai kata sinonim yang lain, yang bermaksud gempak.



Gua dan kamu semua kena ingat, benda-benda macam ni bukan boleh buat sorang-sorang, bukan boleh pulun nak melinglung tergagai fikir idea sehari semalam. Bukan boleh guna strict idea semata. Bukan boleh buat lengah-lengah. Mana boleh buat kerja last minit sangat, karang tandas penuh payah nak beratur.

Benda-benda macam ni jugak bukan nak guna duit sangat, guna idea je sikit, dengan reti buat ke tak , dengan rasa merendah diri yang tinggi. Kadang-kadang kalau ada karipap, mihun dengan teh 'o' panas sikit lepas habis bikin benda-benda macam ni lagi ngam.

Ok, sebenarnya ini post untuk gua ape namanya, alah, nak. Aaa, gua nak menunjuk-nunjuk je. Oh ya, video ni, bukan satu orang je yang bikin, bukan satu orang je yang buat, semua sebenarnya buat, semua sebenarnya bikin. Maka gua isytiharkan selamat menonton.

Gua katakan ya kepada idea yang fleksibel, dan juga katakan ya kepada Macbook. Cewaah.


P/s- Tenkiu kepada semua cast, pelakon bunyi, pengarah, jurukemera, tukang edit, tukang supply camera, tukang supply idea, tukang supply tenaga, tukang supply kemahiran teknologi, tukang supply macbook, tukang supply pendrive, tukang supply kerja pun gua nak tenkiu jugak. Dan diri gua yang menten siuman lepas dua malam tidur lambat. :P (ok tipu, tidur lambat tu buat gua jadi cranky dan linglung kelolo)

P/s2- Jangan ingat takde subliminal message dalam ni.

No comments: