Apr 11, 2011

Frekuensi

Orang kata menyukai bau hujan adalah perihal-perihal superstituos dan mampu merosakkan minda. Tapi untuk Hamid, pada masa hujan sahajalah mindanya mampu menangkap halus-halus frekuensi titisan hujan terkena bumi, dan merencamkan segala frekuensi yang ada di mindanya.

Mematikan frekuensi amukan, dan agony dalam minda Hamid.

Frekuensi-frekuensi halus dari titisan hujan itu, bagi Hamid, adalah seperti kayu golf yang bertuankan seorang makwe korporat yang sentiasa menutup aurat kecuali semasa main golf sahaja.

Maka Hamid tidak menyukai frekuensi-frekuensi halus hasil dari hujan itu, tetapi menggunakan alasan bau hujan sebagai tanda dia suka kepada hujan yang turun.

Ceh sungguh budak Hamid ni.

No comments: