Apr 24, 2011

Ahad

This was scheduled to be published on Sunday.

-Pandora Bagi Hafizi-

Hafizi seorang budak lelaki yang gosok gigi setiap hari selepas makan, dan sebelum tidur. Lipat baju, gosok seluar kasik side jadik tajam dan tak makan mi kari di warung kerana takut kalau tertumpah dekat pakainnya kuah mi tadi.

Hafizi seorang budak lelaki yang biasa, yang makan nasi bila lapar, dan tidak pernah cuba nak sakitkan hati orang lain. Aspirasi dirinya mungkin adalah untuk menghidupkan orang-orang sekelilingnya dengan satu rasa yang segar dan bebas mendung. Itu semua adalah Hafizi yang kita semua mahukan, yang kita semua pernah kenal.

Suatu hari datang Kotak Pandora yang tertulis di atasnya nama Hafizi. Bagi Hafizi itu adalah amanah untuknya?

Hafizi tidak tahu, tetapi efifani datang kepada Hafizi mengatakan sesuatu yang seperti 'kotak pandora itu, mungkin meriah untuk kau, tetapi pada sesuatu saat pada suatu tempat yang tidak betul, kotak pandora itu mungkin sesuatu yang bukan patut untuk kau". Dan efifani membebel, dan terus membebel kepada Hafizi supaya dia tidak cuba mendekati Kotak Pandora itu.

Tetapi Hafizi mempunyai kebebasan memilih, dan Hafizi, tetap memilih untuk mendekati Kotak Pandora itu, tidak kira apa masalah yang dibawa, apa kerenah, dan apa rupanya Kotak Pandora tersebut.

Walaupun Hafizi tahu, Kotak Pandora itu mungkin bukan untuk dirinya, atau tidak kepadanya.
(sendiri baca sendiri google, sendiri faham, sendiri malas google, sendiri lah sampai bila tak maju :)

No comments: